,
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

Mya Amri
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.

Idam trofi Oscar

Bagaimanapun Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 23, berkata dia menyimpan impian untuk menggenggam trofi Oscar yang disifatkan sebagai anugerah paling sah.
“Sejujurnya saya tidak pernah mengharapkan apa-apa penganugerahan pun sebab pencapaian saya bukan pada trofi, pencapaian saya apabila nama saya ada dalam hati peminat.
“Kalau dapat alhamdulillah, jika sebaliknya saya teruskan hidup macam biasa sebab menang trofi bukan ada benda istimewa pun yang jadi dalam diri saya.

“Saya hanya idamkan trofi Oscar, itu impian saya. Saya fikir anugerah itu sahaja yang paling ‘legit’. Mungkin kedengaran kelakar tetapi saya percaya kalau saya kerja keras, tiada yang mustahil untuk genggam trofi tersebut,” katanya ketika ditemui Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN:Meerqeen Perjelas Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan - “Saya Tak Tahu Dia Berada Di Sana”

ARTIKEL BERKAITAN:Pernah Kena Buli Siber, Meerqeen Ambil Inisiatif Tak Endah Komen Negatif - “Saya Rasa Lebih Baik Saya Diam”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Bercuti Ke Bali Bersama Meerqeen, Ameera Khan; “Saya Ada Teman Lelaki… Shut Your Mouth!”

ARTIKEL BERKAITAN:Diburu Sensasi, Mimi Lana & Meerqeen Enggan Terperangkap Cinta Lokasi: “Kerja Sekolah…”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Kritik Cara Berdialog Bahasa Indonesia Meerqeen, Tuan Badan Komen; "Itu Hari Pertama Shooting, Jadi ..."

Percaya pada rezeki

Jelas Meerqeen lagi, dia percaya pada rezeki dan tawaran kerja yang datang juga adalah sebelum menjulang mana-mana anugerah lagi.
“Saya ada beritahu peminat untuk tidak mengundi saya kalau saya tercalon dekat mana-mana anugerah.

“Bagi saya, tidak mengapa saya tidak dapat semua itu asalkan mereka dapat layanan sepenuhnya daripada saya sebagai artis yang mereka minat.

“Mahu kata untuk lebih banyak tawaran mahupun ‘endorsement’, saya sudah lama dapat semua itu sebelum menang anugerah lagi. “Semua orang boleh dapat itu jadi menang trofi bukanlah ada beza pun. Mungkin itu satu pencapaian tetapi bagi saya tidak menang pun tidak mengapa asalkan saya ada tempat dalam industri seni tanah air,” tegasnya.
Untuk info, Meerqeen merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Hero Remaja bagi edisi 2019/2020.
Selain itu Meerqeen juga merupakan pemenang Anugerah Gempak Most Wanted 2022 bagi kategori Video Trending Tergempak.
Anugerah lain yang dimenangi Meerqeen adalah Aktor TV Popular dan Couple TV Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

Terbesar Di Asia Tenggara, Ini 5 Perkara Menarik Tentang Store PUMA Malaysia

gempak
11/09/2024
18:55 MYT
Bagi peminat jenama PUMA, kami kongsikanlima perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai pelancaran kedai perdana terbesar ini.