gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Remaja Perempuan Maut Selepas Picit Jerawat, Guna Krim Tidak Sah
HIBURAN
Transformasi Ekstrem Demi Kerja, Zul Ariffin Turun 20 Kg Dalam Masa 2 Bulan - “Rendah Karbohidrat, Rendah Gula…”
BERITA
Lelaki Meninggal Dunia Ketika Solat Dhuha Di Masjid
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

“Saya Fikir Gempa Bumi Tapi..” - Aidil Ghaffar Kongsi Detik Cemas Kebakaran Paip Gas

Gempak
Gempak
02/04/2025
01:33 MYT
Sponsor Banner
“Saya Fikir Gempa Bumi Tapi..” - Aidil Ghaffar Kongsi Detik Cemas Kebakaran Paip Gas
Bekas personaliti TV3, Aidil Ghaffar, berkongsi detik cemas sewaktu letupan kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya, pada pagi Selasa.
Menerusi video yang dimuat naik oleh BERNAMA, Aidil menceritakan pada awalnya dia menyangka gegaran yang dirasai berpunca daripada gempa bumi di Maymmar.
Namun, tanggapannya berbeza apabila dia mula terhidu bau gas dan merasakan bahang api dari lokasi kejadian.
“Kira-kira jam 8.20 pagi, ketika sedang menonton televisyen, saya merasakan gegaran dan ‘sliding door’ di hadapan rumah turut bergegar. Saya ingat mungkin akibat gempa bumi di Myammar, tetapi itu tidak mungkin.

“Kemudian, saya membuka pintu dan terhidu bau gas serta merasakan bahang api dari lokasi kejadian yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah saya,” katanya menerusi video BERNAMA.

Bagaimanapun, Aidil meluahkan rasa syukur kerana tiada kemalangan dilaporkan.
Meskipun tiada kemalangan jiwa berlaku namun, dia turut menyatakan ada segelintir penduduk di sekitar tempat kejadian itu mengalami kecederaan akibat kebakaran tersebut.
“Di rumah saya ada lima orang dan syukur setakat ini tiada kemalangan jiwa. Tetapi ada mangsa yang mengalami luka akibat kebakaran,” kongsinya.
Sementara itu, Aidil turut berkongsi sebelum kejadian, dia sempat melihat beberapa kerja mengorek lubang di kawasan berhampiran selepas solat Jumaat.
“Dua hari lepas, saya ada melihat kerja-kerja mengorek lubang di kawasan berhampiran selepas solat Jumaat, tetapi tidak pasti kerja itu dilakukan oleh siapa,” jelasnya.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kebakaran
#Bumi
#Gempa
#Gas
#paip
#Putra Height
#Aidil Ghaffar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement