,
Hiburan

"Saya & Fad Bukan Berdiam Diri Tapi Doa Dari Jauh" - Achey Rayu Hidayah & Ali Segera Berdamai, Bimbang Anak-Anak Tanam Sifat Benci

Amri Hassan
19/03/2024
01:55 MYT
Bukan berdiam diri! Tegas pelawak Achey yang pernah sekumpulan dengan Allahyarham Abam Bocey, dia mengharapkan kemelut antara Nor Hidayah dan Syed Ali Puteh diselesaikan dengan segera.

BERITA TRENDING: Ali Puteh Langsai Hutang Hidayah, Harap Tiada Isu Berbangkit! - "Mohon Maaf Lambat Bayar Sebab..."

Jelas Achey, dia dan Fad Bocey mengambil keputusan untuk tidak mencampuri urusan keluarga itu dan mendoakan agar segalanya selesai.
"Nanti akan timbul isu salah faham, akan ada yang rasa saya berpihak belah sini, yang sini rasa saya berpihak belah sana. Jadi, kami dan Fad bukan berdiam diri tapi hanya berdoa dari jauh.
"Untuk kita nak bantu atau menziarah, memang kita akan tunggu semuanya selesai. Lama macam mana sekali pun, kita akan tunggu.
"Saya dan Fad ni dikira orang luar, hal yang berlaku itu hal keluarga. Siapa kami untuk mencampuri urusan mereka.
"Kalau selesai saja, insya-Allah macam-macam kami sudah sediakan, kalau pihak sana bersetuju untuk kita hadir, supaya anak kawan kita terima sedikit hasil ke arah dia," katanya kepada Gempak.
Achey ditemui pada majlis Grand Iftar bersama asnaf anjuran GNI Pharma Sdn. Bhd. di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Isnin.

BERITA TRENDING: Ucap Hari Lahir Buat Allahyarham Abam, Achey Sebak - “Kesedihan Takda, Rindu Je Ada Ni”

Achey dan Fad mula mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri urusan Hidayah dan Ali apabila cubaan mereka untuk menyelesaikan kemelut antara mereka gagal.
"Seminggu selepas kami cuba selesaikan secara personal dengan mereka tapi tak berjaya, jadi kami angkat kaki. Kami cakap selesaikanlah elok-elok.
"Bila ada pertanyaan kenapa kami tak bantu balu dan anak arwah (Abam), kami maklumkan itu hal keluarga. Kita tak boleh masuk campur, jauh sekali... Kami cuma adik beradik dalam industri.
"Sebab apa anak-anak pun dah mula faham, kita tak nak anak-anak faham apa itu sifat benci. Itu darah daging, tak kira jauh atau dekat. Kalau boleh selesaikanlah elok-elok...," tambahnya.
Rayu Achey agar balu dan adik Allahyarham Abam berlapang dada untuk menyelesaikan pergeseran sesama mereka dengan segera dan tidak ada lagi perselisihan faham tercetus.
"Kami tak layak masuk dalam, kita penat apatah lagi arwah yang dah 'pergi'. Kalau kedua-duanya memikirkan arwah, tolonglah stop.
"Selesaikan cara smooth dan steady, jangan di uar-uarkan. Tahu-tahu dah selesai, kan seronok. Kalau boleh secepat mungkin, saya pun nak beraya ke Sungai Besar juga, nak beraya ke Gombak juga.
"Sekarang ni nak beraya, bergambar pun rasa serba salah. Sampai bila saya nak ada perasaan tu?" simpulnya.

PILIHAN PEMBACA: [VIDEO] Hidayah & Anak Terkena Sihir Sejak Abam Bocey Meninggal - “Mohon Kepada Sesiapa Yang Boleh…

BERITA TRENDING: Tiga Tahun Berlalu, Fad Masih Terasa Dengan Pemergian Abam Bocey - “Kami Sampai Tahap Susah Dalam Keluarga…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.