,
Hiburan

“Saya & Dia Sebenarnya…” Dijodohkan Dengan PU Riz, Ini Jawapan Neelofa

Mya Amri
24/07/2020
10:53 MYT
Pelakon dan pengacara Neelofa tidak mengambil serius apabila dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz.
Sudah lali dengan gosip netizen, Neelofa memberitahu dia sudah mengenali Riz hampir tiga tahun menerusi beberapa kerjasama yang dilakukan sebelum ini. “Ramai yang tak tahu sebenarnya kami dah lama bekerjasama sejak tiga empat tahun lalu. Saya banyak buat program yang melibatkan Ustaz Riz dan Ustaz Tarmizi.
“Tetapi pada ketika itu orang tidak memberikan fokus kepada program-program berkenaan kerana tidak melibatkan media dan hanya untuk peminat serta mereka yang terlibat dengan Neelofa Hijab. Rasanya dah lebih lapan kali kami bekerjasama,” katanya.
Neelofa ditemui pada sidang media program Next To Neelofa bertemat di Alexix, Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur pada Jumaat. Mengulas mengenai PU Riz, Neelofa menjelaskan dia mempunyai sebab tertantu melantik jejaka itu sebagai jurucakap Pertubuhan Kasih Neelofa.
“Pertama sebab kami dah biasa bekerjasa dan selain itu juga mempunyai kredibili untuk menjadi jurucakap bagi menerangkan mengenai setiap aktiviti yang berlangsung dalam pertubuhan ini.
“Saya memerlukan seseorang yang ada platform dalam bidang seni yang boleh menjadi jurucakap memandangkan saya tiada latar ilmu agama yang kuat supaya dapat menyampaikan sesuatu dengan tepat.
“Selain itu jadual Riz juga lebih flexible kerana dia masih belajar manakala jadual ustaz Tarmizi pula sudah padat.
“Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak dan mempunyai latar belakang agama yang bagus.
“Maksudnya dia bukan sahaja seorang yang pelajar malah dia juga seorang pendakwah yang boleh menarik orang untuk mendengar tazkirah.
“Saya rasa itu merupakan satu x-faktor yang tak ramai orang ada. Muda, bijak dan dalam masa yang sama boleh menyampaikan dakwah kepada orang ramai,” jelasnya. Dalam perkembangan terbaharu, Neelofa kini mengacarakan programnya sendiri berjudul Next To Neelofa yang berisaran setiap Khamis, 9:00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124).
Terdahulu, hubungan Neelofa dan Riz dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.
Malah kisah mereka juga tular di Twitter di mana netizen mula membuat spekulasi Neelofa dan Riz mempunyai hubungan istimewa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

Tegur Ameera Khan Pasal Tudung, PU Riz Dapat Pujian Netizen -”Berhalus Tegur..Bagus”

gempak
11/11/2024
07:55 MYT
PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail menegur Ameera dengan lembut ketika adik iparnya itu menyelak tudung bagi menerangkan mengenai material jubah yang digayakannya.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Unitar