,
Laman Utama

“Saya Dah Maafkan, Tengok Muka Pun Saya Boleh” - Isu Cekik, Reen Rahim Profesional Cuma Kesal Sebab…

Mya Amri
26/11/2022
04:39 MYT
Pelakon Reen Rahim menyatakan sudah memaafkan pelakon lelaki yang didakwa mencekiknya sewaktu menjayakan satu babak lakonan dalam penggambaran filem Batu Syaitan.
Tidak mahu memperbesarkan isu, Reen berkata hal yang berlaku itu sudah selesai dan dia tidak mempunyai masalah sekiranya digandingkan sekali lagi dengan aktor berkenaan dalam mana-mana naskhah selepas ini.
“Saya sangat profesional, apa yang sudah berlaku sebenarnya perkara kecil sahaja sebabnya selepas habis sahaja insiden itu, tak sampai dalam 10 minit saya dah kembali berlakon.
“Saya okay dan dah maafkan perkara itu, tengok muka dia pun saya boleh. Saya boleh lupakan insiden itu.
“Tapi, kalau dia yang sudah tidak mahu berlakon dengan saya lagi, apa yang saya boleh cakap?
“Saya okay sahaja sekiranya perlu berlakon dengan dia lagi sebab saya memang tak ada masalah.
“Kalau nak mempromosikan filem itu bersama-sama pun saya sememangnya tak ada masalah,” katanya ketika ditemui usai sesi pratonton filem lakonannua berjudul Daddyku Gangster baru-baru ini.
Bagaimanapun kata Reen, dia tidak menafikan ada rasa sedikit kesal kerana pelakon itu tidak mengakui kesalahan sebaliknya menganggap insiden itu sebagai sebahagian babak dalam lakonan.
“Saya ada mesej dia secara personal dan berikan video itu sebagai bukti yang menunjukkan saya benar-benar sakit dan tidak bermaksud mahu kurang ajar.
“Tetapi dia tak mengaku dan beritahu benda itu tak sakit dan tak real. Sebenarnya saya berharap selepas perbualan itu adalah feedback positif dari dia. Tapi bila dia sudah kata begitu, saya nak kata apa?
“Ketika kejadian saya memang hampir lost, sebab itu saya tertengking dia, macam buat perangai dekat rumah gaduh dengan adik beradik.
“Sebenarnya selepas saya bertenang dan mahu kembali ke set penggambaran, saya ingin meminta maaf, tetapi pada ketika itu saya lihat dia tengah marah,” jelasnya.
Terdahulu, Reen meluahkan rasa kesal kerana dicekik oleh seorang pelakon senior ketika menjalani penggambaran.
Disebabkan itu Reen secara tidak sengaja telah meninggikan suara selepas babak dicekik oleh aktor yang berlebihan itu sehingga menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Reen Rahim Hadiahkan Rumah Untuk Ibu Bapa - “Niat Buat Cantik-Cantik, Nak Umi & Abah Duduk Situ”

gempak
04/03/2024
09:55 MYT
Cantik rumah!
Laman Utama

Reen Rahim Menjerit Terkejut, Tengah Live Tiba-Tiba Monyet Masuk Dapur - “Sumpah Tak Kelakar, Ingat Rumah Aku Zoo?”

gempak
23/11/2023
01:25 MYT
Alamak, nervous ya.
Laman Utama

“Nak Minta Maaf Kalau Tak Konsisten Layan…” - Reen Rahim

gempak
03/10/2023
11:55 MYT
Biasa la kalau tak sihat ni kacau mood.
Laman Utama

"Doakan Semoga Segenap Hati Saya Nanti Menutup Aurat ..." - Reen Rahim

gempak
09/07/2023
04:37 MYT
Cantiknya Reen Rahim berhijab.
Laman Utama

Reen Rahim ‘Naik Hantu’ Dituduh Pergi Tandas Sebab Nak Elak Bergambar Dengan Peminat - “Kau Ingat, Aku Mak Kau Ke Nak Layan…”

gempak
30/05/2023
01:55 MYT
Ha kan Reen dah marah...