,
Laman Utama

"Saya Dah Maafkan Dia, Nak Ajak Belanja Makan Di ..." - Fazley Yaakob

Amri Hassan
25/07/2022
09:50 MYT
Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Fazley Yaakob telah berhubung dengan majikan kepada pengguna Twitter yang telah menulis kata-kata tidak manis kepadanya ketika hadir ke sebuah acara keusahawanan baru-baru ini.
Jelas Fazley, mereka berbincang secara baik dan telah menasihati pekerja terbabit untuk tidak sewenang-wenangnya memuatnaik hantaran yang negatif tentang individu lain.
"Dia tulis di media sosial ‘apa yang Fazley Yaakob buat kat sana dengan baju hodoh?’. Dia tak tahu saya adalah trainer untuk program keusahawanan itu.

Nak clout di Twitter

"Saya pun memakai baju daripada pereka fesyen hebat juga, saya tahu baju itu tidak bermasalah.
"Tapi saya faham kalau budak Twitter benda yang tak diperkatakan dan kemudiannya diperkatakan, akan dapat clout.
"Saya maafkan, saya tak ada masalah. Cuma bila saya duduk pun dia masih ambil gambar saya, dia tweet lagi, dan saya perasan budak itu dalam dewan dan sebahagian daripada urusetia.
"Dalam masa sama dia tweet pasal saya dan tweet juga pasal menteri. Saya risaukan dia, kalau dia mewakili organisasi, dia tak sepatutnya tweet sedemikian.
"Saya anggap apa yang dia tweet itu sebahagian daripada marketing dan maafkan dia. Saya anggap semuanya habis disitu," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran menu baharu The Manhattan Fish Market, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Nak belanja makan di Suka Sucre Bistro

Enggan mengambil pendekatan agresif, Fazley sebaliknya mengajak pihak terbabit untuk berkunjung ke restorannya Suka Sucre Bistro untuk menjamu selera.
"Hari yang sama pada sebelah malamnya, bos dia hubungi saya memohon maaf. Saya pesan padanya kalau nak tweet boleh tapi bukan pada waktu bekerja.
"Ia akan menjejaskan syarikat. Saya pesan pada bosnya jangan buang dia kerja dan saya sudi belanja makan satu team. Mungkin bila saya belanja makan, hatinya akan terbuka," ujarnya.
Fazley sebelum ini tampil 'membahasakan' seorang individu di Instagramnya selepas mengkritik pakaian yang digayakan dalam acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tulis individu berkenaan; "Fazley Yaacob buat apa tah duduk kat pintu je. Dah la pakai baju oren. Huduh betul."

Undang-undang siber

Sehubungan itu, pesan Fazley agar pengguna media sosial menggunakan platform terbabit dengan berhemah dan tidak berkongsi sebarang hantaran yang boleh memudaratkan diri sendiri.
"Personaliti saya di Twitter sedikit berbeza, semakin orang kutuk semakin saya suka melayan. Kalau kamu nak perhatian saya berikan.
"Saya tiada masalah dengan netizen, dari zaman Gegar Vaganza lagi pun teruk yang saya terima.
"Cuma saya pesan pada netizen, ramai yang memerhati dan faham pada undang-undang siber. Sebelum memuatnaik sebarang hantaran fikir impaknya pada diri sendiri.
"Kepada anak muda yang tweet tentang saya, dah lama saya maafkan. Cuma saya nak berikan juga jaket oren supaya dia pun boleh pakai," tambahnya berseloroh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Unitar