,
Laman Utama

"Saya Dah Beragama Islam, Saya Tak Akan Buka Tudung"- Margaret Gan Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon Yang...

Syafiqah Jalal
25/01/2023
02:40 MYT
Pelakon veteran, Margaret Gan, 80, bersyukur dapat meraikan sambutan Tahun Baharu Cina kali pertama sebagai Muslim dengan memperbanyakkan sedekah.
Margaret berkata, dia memang meraikan Tahun Baharu Cina secara sederhana sejak dulu dengan meluangkan banyak masa bersama keluarga, cuma yang berbeza kini ialah dia sudah memeluk Islam sejak 15 Februari tahun lalu.
"Saya gembira meraikan Tahun Baharu Cina setiap tahun kerana menghabiskan masa bersama keluarga. Cuma, kali ini saya lebih gembira kerana banyak bersedekah. Ia membuatkan saya sangat seronok dan tenang jiwa.
"Alhamdulillah, saya juga masih dianugerahkan Tuhan menjalani kehidupan seperti biasa dengan bahagia bersama anak, menantu dan cucu, selain kesihatan yang baik serta peluang terbabit dengan banyak aktiviti kebajikan dianjurkan persatuan-persatuan yang mengajak saya menyertainya.
"Jadual aktiviti saya boleh dikata tetap sibuk walaupun sekarang jarang berlakon kerana watak tidak sesuai. Sebagai orang Islam dan bertudung, saya memang menolak tawaran berlakon yang memerlukan saya tidak bertudung," katanya kepada Harian Metro.
Margaret berkata, dia sentiasa bersikap positif dan berfikiran terbuka apabila sering diberikan watak sama.
Katanya, dia boleh saja melakonkan watak wanita Cina, tapi sekarang kenalah bertudung.
"Tawaran berlakon itu masih lagi diterima, tapi ada juga yang menawarkan saya watak tidak bertudung. Jadi, tak bolehlah saya nak terima sebab saya dah beragama Islam dan bertudung. Saya pun tak akan sesekali membukanya (tudung).
"Lagipun, saya percaya dan yakin rezeki ada di mana-mana kerana Allah yang memberikannya.
"Macam saya, pada usia 'emas' begini Allah bukakan hati dengan hidayah hingga rela memeluk Islam dan sekarang saya juga sudah hafal surah al Fatihah dan boleh membaca dengan baik," kongsinya lagi.
Terdahulu, Margaret bersyukur impian anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, 38, untuk melihat dia memeluk agama Islam menjadi kenyataan tahun lalu selepas menunggu dengan sabar bertahun-tahun lamanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Terkini

Bakal Berlakon Walau Berkerusi Roda, Azlan Komeng Terharu Masih Terima Tawaran - "Rezeki Disusun Cantik Sangat"

gempak
21/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Azlan Komeng bersyukur masih ada rakan industri yang sanggup menawarkan kerja kepadanya meskipun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Hiburan

5 Tahun Berehat, Izara Aishah Dedah Bakal Bintangi Drama Bersama Fattah Amin - “Sedikit Risau Nak…”

gempak
13/11/2024
02:25 MYT
Lima tahun berdiam diri dalam industri lakonan tanah air, pelakon Izara Aishah mendedahkan dirinya bakal membuat kemunculan semula dengan membintangi sebuah drama.
Hiburan

Lima Tahun Berehat, Juliana Evans Seronok Dapat Kembali Aktif Dalam Dunia Lakonan - “Cuma Saya Akuilah Memang…”

gempak
04/11/2024
18:55 MYT
Tak pernah terfikir untuk bersara dari dunia seni, pelakon Che Puan Juliana Evans meluahkan rasa gembira dapat kembali aktif dalam lakonan selepas lima tahun berehat.
Hiburan

“Bila Orang Cakap Saya Dah Tak Berlakon, Saya Tak Marah” - Cristina Suzanne Rupanya Fokus Besarkan Anak, Jarang Kongsi Kisah Di Media Sosial

gempak
02/11/2024
09:54 MYT
Pelakon Cristina Suzanne menafikan tanggapan dia sudah berhenti dari dunia lakonan gara-gara kurang muncul di kaca televisyen sejak lima tahun lalu.
Unitar