HIBURAN
“Saya Bukan Reka Cerita, Harap Pelakon Baharu Buka Mulut Kalau Diganggu” - Harissa Adlynn
Pelakon Harissa Adlynn berharap pendatang baharu lain berani bersuara sekiranya berdepan perkara diganggu aktor senior miang seperti yang terjadi kepadanya tahun lalu.
Seru pelakon baharu bersuara jika diganggu
Menurut Harissa, 22, pada awalnya dia tidak menyangka isu tersebut menjadi bualan ramai dalam media sosial sebaliknya hanya berkongsi kepada pihak media apabila ditanya.
"Saya bukan mereka-reka cerita dan hanya menjawab soalan yang diberikan pihak media.
"Malah, tiada niat pun nak kongsi dan tak sangka isu itu jadi besar seperti sekarang.
"Namun, benda sudah jadi dan mungkin isu tersebut dapat buka mata pihak lain serta buat pelakon baru lain berani untuk lakukan perkara sama (bersuara)," katanya kepada Gempak.
Dituduh sengaja buat cerita
Susulan pendedahan tersebut, pelakon drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu itu turut tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.
"Rakan artis atau kru produksi tak pernah pun bercakap dan mempersoalkan tentang perkara tersebut kepada saya.
"Namun saya baca komen netizen, ada juga cakap saya acah-acah, sengaja buat cerita dan mempertikai baju saya pakai.
"Hakikatnya, saya ketika di set penggambaran pakai baju yang sesuai," ujarnya.
Sehubungan dengan itu, Harissa berharap tiada lagi gangguan yang tak sepatutnya berlaku terhadap anak seni.
"Ada juga artis lain kongsi pekara sama dengan saya. Bukan mudah sebenarnya untuk buka tentang hal ini kepada orang lain.
"Selepas pendedahan itu, saya akan lebih berhati-hati dan akan lebih menjaga diri.
"Kalau ada yang melalui hal sama, bersuaralah sebab boleh bantu orang lain juga.
"Lebih baik lakukan sesuatu untuk bantu industri seni menjadi tempat yang selamat untuk semua orang," jelasnya.
Terdahulu, Harissa pada Disember lalu mengakui pernah diganggu lelaki miang termasuklah aktor yang sudah memiliki cucu.
Katanya, kejadian itu berlaku sewaktu mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama.
ARTIKEL BERKAITAN: Harissa Adlynn Seronok Buat Kerja Kebajikan, Syukur Keluarga Didik Sejak Kecil – “Ia Ajar Saya Untuk Rendah Diri”
ARTIKEL BERKAITAN: Harissa Adlynn Kongsi Pengalaman Berada Hanya 30 Kilometer Dari Palestin, Terharu Dikerumun Anak-Anak Gaza – “Saya Rasa Sedih Sangat Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Diganggu Pelakon Berstatus Suami Orang, Harrisa Adlynn Kekal Professional - “Nak Lari Pun Industri Kita Ni…”
Must-Watch Video