,
Laman Utama

“Saya Bukan Nabi…” - Perceraian Kali Ketiga Uji Kesabaran Engku Emran

Asyikin Mayudin
27/09/2023
04:50 MYT
Bekas suami kepada usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran meluahkan rasa terkilan apabila berita perceraiannya yang kali ketiga menjadi bahan bualan di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Emran berkongsi paparan skriin perbualan bersama dua kenalan rapat merangkap penasihatnya yang dikenali sebagai Ustaz Rosli dan Kekanda Uchop.
Akui ahli perniagaan berumur 48 tahun, penceraian kali ketiga ini benar-benar menguji kesabarannya apabila banyak fitnah yang bertebaran terutama melibatkan ayah dan anak perempuanny, Engku Aleesya.
“Saya bukan Nabi. Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa mengadap cerita-cerita sampah macam ini.
“Saya sendiri boleh telan semua itu tapi kesian la keluarga dan sahabat-sahabat. Mereka pun mungkin terasa malu juga,” katanya.
Menerusi perbualan mesej itu, Ustaz Rosli menasihati Emran untuk menyibukkan diri dengan membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengamalkan taalim di rumah.
Sementara itu, Kekanda Uchop pula berpendapat tindakan mendiamkan diri lebih baik dari berkata-kata.
Katanya lagi, pemilik nama Engku Emran Engku Zainal Abidin tidak perlu menegakkan kebenaran sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
BACA SINI: “Penuhkan Hati Saya Dengan Ketenangan” - Noor Nabila
BACA SINI: “Tiga Perkahwinan Bukan Gagal, Sebaliknya…” - Engku Emran Mohon Hormati Noor Nabila
Terdahulu, Engku Emran dan usahawan terkenal Noor Nabila sah bercerai talak salah pada Isnin selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

“12 Tahun Lagi Pandangan Ini Bakal Menggelisahkan Ramai Wanita…” - Sharnaaz Ahmad

gempak
17/04/2024
06:55 MYT
Sharnaaz kongsi foto jebat.
Hiburan

Netizen Sangka Noor Nabila Dah Nikah, Ini Respons Tuan Badan - “Masih Terlalu Awal Untuk…”

gempak
07/03/2024
01:55 MYT
Doa yang baik-baik.
Viral

“Perempuan Ini Takkan Tolak Ansur Selagi Kau…” - Sharnaaz Ahmad Kongsi Tips ‘Co-Parenting’ Dengan Bekas Isteri

gempak
05/03/2024
09:50 MYT
Suka tengok Sharnaaz & Nabila besarkan Jebat.
Hiburan

“Perempuan Lain Kalau Nak Marah Boleh, Tapi Nabila Tak Boleh” - Sharnaaz Ahmad

gempak
01/03/2024
03:55 MYT
Sharnaaz & Nabila baik demi anak.