,
Laman Utama

“Saya Bukan Buaya, Saya Lelaki Baik” - Eh! Zoey Bercinta Dengan Shakira Stephen Pula Ke?

Hanafis Haris
06/04/2022
08:00 MYT

Pelakon Zoey Rahman menafikan yang dia sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan aktres baharu Shakira Stephen.

Menurut Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, dia sudah mengenai pelakon filem Gila Gusti itu sejak empat tahun lalu di sebuah rancangan kendalian Datuk Aznil Haji Nawawi.

“Kami dah kenal masa dia join program On Air kendalian Pak Nil. Tapi lepas tu kami 'lost contact' dan akhir-akhir ini jumpa balik.

“Saya dengan dia kawan je daripada dulu kawan. Tapi rapat sebagai kawan, untuk pergi makan-makan, 'hang out' dan luah perasaan macam tu la," katanya.

Ditanya, sekiranya Shakira bakal menjadi jodohnya Zoey juga pengasas produk Mika Series, dia tidak menolak.

“Saya selesa berkawan, terlebih rapat jadi orang salah tafsir. Ada yang komen saya 'buaya', saya bukan 'buaya'. Saya lelaki baik.

“Wanita di luar sana jangan takut berkawan dengan saya.

"Kalau Shakira jodoh saya, saya terima seadanya. Dia wanita yang baik, jujur dan sopan santun.

“Saya okey kalau memang ada jodoh. Kalau tak jadi nanti, orang cakap lain pula sebab itu selalu bertukar-tukar,” katanya.

Zoey berkata demikian pada Majlis Iftar Hotel Tenera Bersama Media yang bertemakan Balik Kampung, di sini, semalam.

Hotel Tenera kini menawarkan kepelbagaian menu bufet Ramadan bertemakan Balik Kampung bermula pada 4 hingga 30 April 2022.

Hidangan warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan ramai di luar sana yangmenggemari masakan tradisional dan sekaligus membuatkan mereka mengimbaskembali kenangan berbuka berpuasa di desa.

Apa yang istimewa, para pengunjung boleh menikmati suasana iftar seperti di bazarRamadan kerana terdapat 20 gerai makanan yang menyajikan juadah kegemaran ramai dengan harga berpatutan RM118 seorang.

Antara hidangan menarik termasuklah rendang ayam utara, daging asam kunyit, siput sedut masak lemak, sambal udang petai siseh, dan banyak lagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zoey Rahman Terkejut Mass Factor Tangkap Cintan, Anggap Sebagai Bestie Saja - "Seminggu Kenal, Belum Jumpa, Ajak Couple"

gempak
19/03/2024
07:55 MYT
Baru seminggu kenal terus jatuh hati.
Laman Utama

“Hijrah Itu Senang, Istiqamah Itu Susah…” - Zoey Rahman Mohon Doa Terbaik Untuk Mawar Rashid

gempak
10/10/2023
03:45 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

Netizen Dakwa Zoey Rahman Dah Tak Handsome Macam Dulu, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…

gempak
27/09/2023
09:50 MYT
Ye ke Zoey dah tak handsome macam dulu?
Laman Utama

Buat Pembedahan Plastik, Ini Komen Zoey Rahman! - "Saya Dah Lama Dalam ..."

gempak
20/05/2023
02:40 MYT
Ada dakwa Zoey buat pembedahan plastik?
Laman Utama

[FOTO] Semangatnya Awal Ashaari, Zoey Rahman Turun Padang Agih Bakul Makanan, Pek Iftar Di Kampung Baru

gempak
12/04/2023
09:33 MYT
Berbakti pada bulan mulia.