Laman Utama
"Saya Berani Sumpah Junjung Al-Quran" - Iqbal Tegaskan Pembelajaran Ditanggung Ibu Sendiri, Bukan...
Usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli tampil menegaskan bahawa pembelajarannya dahulu ditanggung oleh ibunya sendiri, bukan orang luar.
Menurut Iqbal, dia berani bersumpah dengan menjunjung kitab suci Al-Quran demi membuktikan kenyataan tersebut.
"Saya berani bersumpah junjung Al-Quran, bahawa pembelajaran saya ditanggung oleh ibu saya bukan orang luar.
"Penat lelah ibu saya bekerja setiap hari, tiba-tiba pula ada mengaku jadikan saya orang belaan dia," kongsinya di Instagram Story.
Bagaimanapun, Iqbal tidak menyebut secara jelas tentang individu yang dimaksudkan itu.
Sebelum perkongsian terbabit, Iqbal juga berkongsi info tentang penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD), iaitu sifat yang terlebih mengagungkan diri sendiri, terlalu mendambakan pujian dan suka menyalahkan orang lain.
Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida akui pernah menanggung Iqbal selama dua tahun.
Hal itu disuarakan dalam satu sesi siaran langsung yang dilakukan di akaun Instagram miliknya.
Must-Watch Video