,
Berita

"Saya Berada Dalam Keadaan Stabil & Sihat" - Jackie Wong

Asraf Aided
18/03/2020
07:56 MYT
Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang sebelum ini disahkan positif virus COVID-19 berada dalam keadaan sihat dan stabil, lapor Astro AWANI.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Jackie menerusi status terkini dalam facebook peribadinya.
“Setakat ini, saya berada dalam keadaan yang stabil dan sihat," tulisnya.
Pemenang pingat perak Sukan Sea 2019 itu dikuarantin di Hospital Sibu selepas disahkan positif COVID-19 selepas melakukan pemeriksaan pada 14 Mac lalu.
Menurut Jackie, dia kini menerima rawatan dan tahap kesihatannya dipantau secara berkala.
Jackie dipercayai dijangkiti wabak itu ketika melawat bapanya, Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu yang kini sedang dirawat di hospital yang sama, kerana jangkitan tersebut.
“Mengenai ayah saya, keadaannya pada hari ini lebih baik berbanding beberapa hari lepas, meskipun masih menggunakan alat sokongan pernafasan.
"Saya juga ingin membuat teguran di sini supaya jangan mengeluarkan atau berkongsi berita-berita yang palsu dan belum disahkan oleh KKM, anda amat dihargai!
"Teruskan doa anda untuk ayah saya dan ahli-ahli keluarga saya," katanya.
Untuk rekod, Jackie merupakan pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi dengan jarak 68.22 meter.
Jackie pernah memecahkan rekod kebangsaan sebanyak empat kali pada tahun lalu ketika beraksi di Kejohanan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Terbuka Korea Selatan dan Kejuaraan Olahraga Asia.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber : AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Cheah Liek Hou Rancang Guna Insentif RM1 Juta Bantu Bekas Atlet Kurang Bernasib Baik - "Tiga Tahun Lepas Saya Sudah ..."

gempak
12/09/2024
09:50 MYT
Atlet berusia 36 tahun berkata selain mahu membantu mereka yang memerlukan beliau juga akan menyumbang sebahagian daripada hadiah kemenangan itu untuk membantu bekas atlet yang kurang bernasib baik.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Sukan

Paralimpik Paris 2024 Kini Bermula, Ini Pencapaian Atlet Malaysia Yang Membanggakan Sejak 1988

gempak
28/08/2024
15:25 MYT
Sukan Paralimpik Paris 2024 akan membuka tirainya pada 28 Ogos sehingga 8 September 2024 di mana temasya tersebut akan dilangsungkan di bandar Paris, Perancis.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.