,
Laman Utama

"Saya Ambil Masa Untuk Terima Kenyataan ..." - Isha Norsham

Shahrin Zulkifle
22/09/2022
03:30 MYT
Hos Gempak TV, Isha Norsham akui sedih apabila program tersebut yang sudah bersiaran selama empat musim telah menamatkan tayangannya secara rasmi semalam.
Jelas Isha, dirinya mengambil masa untuk menerima kenyataan bahawa program yang menjadi permulaan kerjayaanya sebagai hos itu sudah tidak lagi bersiaran di kaca televisyen.
“Perasaan saya memang sedih sangat bila tahu dah episod akhir, rasa memang nak menangis sewaktu sesi rakaman episod tersebut.
“Saya mengambil masa juga untuk hadam dan terima kenyataan bahawa Gempak TV dah habis.
“Saya sentiasa bagi seratus peratus komitmen sewaktu jadi hos di Gempak TV. Program ini adalah permulaan saya dalam bidang pengacaraan, saya anggap sebagai my ‘baby’.
“Saya akan sentiasa mengutamakan Gempak TV. Contohnya kalau saya demam atau tiada suara saya akan tetap buat rakaman sebabnya saya tak mahu tertinggal walaupun satu episod. Betapa sayangnya saya pada Gempak TV,” katanya ketika ditemui Gempak baru-baru ini.
Selain Isha, program yang bersiaran setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria itu turut membariskan hos seperti Daniel Cheng, Hun Haqeem dan Riena Diana selain dibantu co-hos lain seperti Munaa Bella, Haiqal Din, Shazrul Affandy (Momo) serta Aisha Retno.
Dalam pada itu, Isha menyifatkan persabahatan yang terjalin bersama rakan hos program tersebut sudah diibaratkan sebagai sebuah keluarga.
“Saya dan Daniel memang dah rapat, kami kenal sebelum masuk Gempak TV, malah kami pergi ujibakat hos program ini pun bersama-sama dahulu. Memang kami sentiasa berkepit sahaja dan bekerjasama dengan dia sangat mudah.
“Kalau dengan hos-hos lain pula, saya boleh ibaratkan kami sudah macam sebuah keluarga.
“Tak langsung rasa janggal atau takut untuk menegur sesama kami walaupun ada yang lebih famous atau sebaliknya, itu tidak langsung terjadi.
“Saya selalu digandingkan dengan Hun Haqeem dan Riena Diana, mereka berdua memang ‘masuk air’, saya bersyukur semua hos Gempak TV yang saya pernah bekerjasama sangat baik,” tambahnya.
Bagaimanapun, Gempak TV bakal digantikan dengan sebuah program carta terbaharu iaitu Gempak Most Wanted 2022 (GMW2022).
GMW2022 yang mula bersiaran 28 September ini bakal dihoskan oleh dua gandingan selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan iaitu Sean Lee dan Amelia Henderson.
BACA: Amelia Henderson & Sean Lee Bakal Kemudi Program Terbaharu Gempak Most Wanted 2022!
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.
Hiburan

“Setiap Orang Ada Pandangan Masing-Masing” - Hun Haqeem Gembira Kakak Dapat Tunai Impian Main Gitar Di Majlis Perkahwinan Sendiri

gempak
13/09/2024
14:55 MYT
Pelakon, Hun Haqeem meluahkan rasa gembira selepas kakaknya, Nureen Qistina berjaya menunaikan hasrat untuk bermain gitar di majlis perkahwinannya sendiri.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.