,
Hiburan

“Saya Akan Terus Perjuangkan Nasib Orang Teraniaya”– Farid Kamil

Mya Amri
24/01/2018
08:31 MYT
Pelakon Datuk Farid Kamil memberitahu akan memperjuangkan nasib orang-orang yang teraniaya.
Farid membuat kenyataan itu menerusi akaun Instagram (IG) beserta foto yang menunjukkan dirinya berada di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara hari ini.
Foto itu juga merakamkan Farid memegang satu salinan laporan polis dan meminta orang ramai mendoakan niat baiknya itu.
“Assalamualaikum. Terima Kasih atas iringan doa-doa dari kalian, semoga Allah S.W.T akan terus merahmati kita semua.
“InshaAllah dengan kudrat yang masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang-orang teraniaya.
“Pinta saya supaya kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yang berliku ini dapat ditempuhi. Amin,” tulisnya.
Posting itu telah mendapat hampir 65,000 likes dan lebih 2000 komen oleh pengikutnya yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat serta respon positif.
Bagaimanapun, Farid tidak menjelaskan tentang salinan laporan polis yang dipegangnya itu.
Terdahulu, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 11 Januari lalu.
Foto: Instagram @faridkamilz
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kecoh! Raline Shah Didakwa Pernah Berkahwin Dengan Bilionair Amerika Syarikat?

gempak
10/10/2024
07:55 MYT
Pelakon terkenal Indonesia, Raline Shah menjadi topik perbualan netizen selepas muncul dakwaan dimana dia pernah melangsungkan perkahwinan bersama  CEO Coinbase, Brian Armstrong.
Hiburan

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

gempak
09/10/2024
16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.
Hiburan

Pernah Lalui Fasa Perceraian, Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Pasangan Dah Berpisah - "Kalau Rasa Tak Boleh Hidup Sama, Baguslah..."

gempak
09/10/2024
12:25 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan pesanan kepada pasangan yang sudah bercerai tidak kira lelaki mahupun wanita agar tidak membuka aib satu sama lain.
Hiburan

Anggap Impian Pelakon Nak Menang Oscar Tidak Perlu Diperlekehkan, Naim Daniel; “Saya Sendiri Mahu Melihat Pelakon Dari Negara Kita…”

gempak
09/10/2024
04:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel memberikan pendapatnya mengenai impian seorang aktor yang mahu memenangi anugerah Oscar dipandang remeh.
Hiburan

Ditikam Tolak Lamaran Kahwin, Aktres Tamil Puas Hati Pengarah Kena Penjara

gempak
08/10/2024
14:50 MYT
Selepas empat tahun trauma dengan mimpi ngeri yang dialaminya, pelakon wanita yang banyak terbabit dengan naskhah Malayalam, Telugu dan Hindu, Malvi Malhotra boleh menarik nafas lega.
BorakSeeni