,
Hiburan

"Saya Akan Kekalkan Konsep Muzik Saya" - Benladin

Asraf Aided
05/03/2020
04:33 MYT
Penyanyi Benladin berasa selesa menyampaikan lagu-lagu yang mengetengahkan elemen gabungan tradisional dan Hip Hop.
Menurut Ben, dia mahu konsep muziknya diterima oleh semua lapisan masyarkat termasuk kanak-kanak.
"Saya suka dan selesa dengan perjalanan muzik saya yang menggabungkan elemen tradisional dalam lagu Hip Hop, itu adalah citarasa saya.
"Bagi saya, masyarakat di Malaysia sudah menerima muzik Hip Hop, namun untuk lagu-lagu saya, saya suka menyampaikannya dengan cara yang tidak terlalu berat agar mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
Ben berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbarunya yang berjudul Rampung di The KL Journal Hotel, Kuala Lumpur petang semalam.
Tambah Ben, dia menghadiahkan single terbarunya itu kepada para peminat sebagai satu tanda penghargaan.
"Buat masa sekarang, saya akan kekalkan konsep muzik saya ini, pada masa yang sama saya mahu pendengar faham tentang apa yang saya cuba sampaikan menerusi lagu-lagu saya.
"Saya sentiasa cuba sebaik mungkin untuk berinteraksi bersama peminat yang sentiasa menyokong saya dalam industri hiburan ini.
"Selain sering memberi respon kepada mereka di media sosial, kali ini saya hadiahkan mereka single Rampung ini sebagai satu tanda penghargaan," tambahnya.
Rampung boleh dimuat turun di iTunes dan stream menerusi semua portal muzik terpilih seperti Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music dan KKBox.
Muzik video rasminya pula telah ditayangkan di laman YouTube sebulan lalu dan mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dakwa 'Kena Jadi Kaya Sebab Kalau Miskin Susah Jadi Baik' Penyanyi Nadin Amizah Dikecam

gempak
23/01/2021
11:55 MYT
alamak macam mana tu?
Berita

Ben Ladin Mula Belajar Tulis Lagu Rap Sendiri, Tak Mahu Guna Khidmat Malique Lagi Ke?

gempak
18/03/2020
09:28 MYT
Hiburan

"Saya Lakukan Bukan Untuk Duit" - Benladin

gempak
16/03/2020
12:11 MYT
Hiburan

"Saya Minta Nasihat Dari..." - Benladin Alami Perubahan Vokal

gempak
10/03/2020
06:51 MYT
Hiburan

"Saya Mahu Dikenali Menerusi Hasil Karya" - Benladin Tak Mahu Sertai Program Realiti?

gempak
06/03/2020
06:35 MYT