,
Laman Utama

“Saya Akan Buat Apa Sahaja Dengan Kuasa Yang Saya Ada Bagi Menuntut Keadilan Untuk Bella” - YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam

Azwa Rahman
16/04/2022
08:44 MYT

Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam berazam akan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk membela nasib remaja Sindrom Down, Bella.

Menerusi laman sosial Instagram, Che Puan Khaleeda berkongsi luahan rasanya terhadap malang yang menimpa Bella untuk tatapan umum.
Jelas beliau, tindakan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dianggap pengecut kerana merasakan dirinya boleh terlepas daripada perbuatan keji yang telah dilakukan.
“Saya akan buat apa sahaja dengan kuasa yang saya ada untuk mendapatkan keadilan bagi pihak Bella. Saya menyampah dan penat dengan pengecut yang fikir mereka boleh buat apa sahaja kepada kanak-kanak tak berdaya ini dan lari daripadanya.
“Awak boleh menyorok di belakang barisan peguam awak tetapi karma akan datang menghukum awak di dunia dan akhirat nanti.
“Awak akan dijadikan contoh kepada pengecut-pengecut lain yang melakukan perkara yang sama pada masa akan datang,” tulis beliau.
Pendedahan penghuni Rumah Bonda di Wangsa Maju yang juga saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, 19 mengatakan punca Siti Bainun tidak menyukai Bella adalah kerana insiden langsir bilik yang ditarik hingga tercabut besi.
Sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella, namun dia tidak mengetahui motif tertuduh mahu mendera Bella.
Tambah saksi lagi, Bella didera secara secara mental pada bulan Februari 2021 manakala fizikal bermula Mac 2021.
Saksi itu juga berkata, dia pernah diarahkan oleh Siti Bainun untuk mengikat Bella dan membogelkannya sebelum dicurah dengan air panas.
Katanya, dia diarahkan Siti Bainun untuk pastikan Bella tidak bergerak dan menyasarkan air panas itu di bahagian tertentu.
Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hukuman Siti Bainun Abai & Aniaya Remaja Down Sindrom, 12 Tahun Di Penjara Kajang

gempak
02/05/2024
08:25 MYT
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku pe
Laman Utama

Penampilan Jadi Perhatian Netizen, Berat Badan Siti Bainun Susut 60 KG - “Ada Hikmah Jugalah Masuk Penjara"

gempak
14/11/2023
05:50 MYT
Makin kurus dah Bainun.
Laman Utama

Rakaman Video ‘Bainun V2’ Kasari Bayi Kecil Tersebar, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

gempak
16/05/2023
00:50 MYT
Kenapa kasari bayi kecil sebegitu?
Laman Utama

"Bahagian Dia Hari Ini, Esok Lusa Kita Pun Belum Tentu" - Anne Ngasri Kongsi Foto Bersama Siti Bainun, Titip Pesanan!

gempak
04/05/2023
02:55 MYT
Saya juga ingatkan diri saya sendiri berkatalah yang baik
Laman Utama

"Mohon Hukuman Ringan, Pertimbang Saiz Badan" - Peguam Bela Siti Bainun

gempak
03/05/2023
09:30 MYT
Rayuan itu dibuat peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf.