Laman Utama
Satu-Satunya Pusat Kemudahan Ujian COVID-19 Di Gaza Musnah, Cetus Kebimbangan Peningkatan Jangkitan
Kemusnahan pusat saringan COVID-19 di Gaza akibat bedilan serangan udara zionis dikhuatiri bakal menyebabkan peningkatan jangkitan baharu virus koronavirus itu di wilayah berkenaan.
Pusat al-Rimal adalah satu-satunya kemudahan ujian COVID-19 di Gaza.
Ia menjadi mangsa serangan udara zionis dalam bedilan bertubi-tubi ke wilayah itu sejak beberapa hari lalu.
Keadaan ini menyebabkan sebarang ujian saringan COVID-19 tidak boleh dilakukan di wilayah terkepung itu.
Risiko jangkitan juga meningkat apabila serangan rejim zionis memaksa penduduk Gaza keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.
Selain penutup mulut, sarung tangan dan barang pembersih asas, bekalan perubatan juga dilaporkan hampir habis.
Walaupun Mesir telah membuka pintu sempadan Rafah untuk membolehkan beberapa lori bantuan masuk, ia masih belum mencukupi untuk mengatasi kekurangan yang dihadapi sektor kesihatan Gaza.
Must-Watch Video