,
Hiburan

"Satu Sen Pun Saya Tak Nak Ambil" - Hans Isaac 'Pulangkan' Duit Gaji & Elaun FINAS Dengan Cara...

Hanafis Haris
03/06/2020
03:19 MYT
Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac nekad untuk mengembalikan kesemua gaji dan elaun diterimanya sepanjang 13 bulan perkhidmatannya.
Menurut Hans, dia tidak mahu mengambil satu sen pun daripada elaun dan gaji berkenaan.
"Saya nak pulangkan duit itu kepada semua penggiat seni yang terjejas teruk akibat COVID-19.
"Saya akan pilih mana yang memerlukan tidak kiralah krew, jurusolek, atau mana-mana individu belakang tabir. Saya akan bantu," katanya.
Jelasnya, dia juga sudah menyimpan hasrat berkenaan sejak mula memasuki FINAS.
"Sejak mula menjadi pengerusi, memang saya tidak mahu apa-apa daripada Finas termasuk gaji dan elaun yang diberikan.
"Sekarang saya tidak lagi dalam agensi itu, jadi sudah tiba masanya saya pulangkan semula elaun berkenaan.
"Jadi kalau ada yang memerlukan boleh datang jumpa saya. Saya juga akan cari mereka yang terkesan akibat COVID-19," katanya.
Hans berkata demikian pada satu sidang media khas di Bukit Damansara, semalam.
Untuk rekod, Hans yang dilantik menjadi Pengerusi Finas pada 8 April tahun lalu ditamatkan kontrak daripada jawatan itu pada 23 Mei lalu.
Tempat Hans digantikan dengan Zakaria Abd Hamid yang juga aktivis masyarakat.
BACA: “Segala Penantian Sudah Berakhir…”- Hans Issac Bukan Lagi Pengerusi FINAS
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Veteran Dedah Gembira 17 Tahun Jadi Perempuan Simpanan: “Dia Bagi Elaun”

gempak
25/08/2024
04:05 MYT
Jika menyebut nama pelakon wanita ini pasti ramai yang tidak kenal. Sementelah dia bukan bintang yang terlalu terkenal atau dari Malaysia.
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Hiburan

Chef Wan Dedah Bagi Elaun Hingga RM3,000 Kepada Adik Beradik

gempak
02/08/2024
21:55 MYT
Kongsi Chef Wan, segala kesenangan yang diperolehnya sebelum ini adalah lebih baik diberikan kepada rumah kebajikan yang memerlukan.
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...