,
Hiburan

Satu Malaysia Kena Tipu! Kutipan Sumbangan Terhadap Posmen Ini Rupanya...

Hanafis Haris
21/05/2020
13:58 MYT
Beberapa hari lalu, viral mengenai kisah seorang pekerja Pos Malaysia yang dikatakan menangis termenung apabila mendapat tahu tiada bonus diperoleh tahun ini.
Kisah berkenaan mula disebarkan menerusi satu laman Facebook dikenali sebagai Masakan Utara Barat.
Malah, satu kutipan dana telah dibuat oleh laman berkenaan untuk mengutip sumbangan buat pekerja berkenaan.
Namun, hari ini Pos Malaysia mengesahkan laman tersebut merupakan satu penipuan dan telah memperdayakan ramai orang.
Menerusi satu kenyataan dikeluarkan, Pos Malaysia memberitahu pihak polis telah pun menahan seorang suspek yang disyaki dalang penipuan berkenaan.
"Tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menangkap 'scammer' tersebut, sekali gus menghalang individu tersebut daripada mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang ramai," katanya.
Pada masa sama Pos Malaysia turut menasihatkan supaya orang ramai lebih berhat-hati dengan bantuan atau dana disalurkan.
BACA: Viral Posmen Sedih Termenung Tak Dapat Bonus Raya, Pos Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.