,
Berita

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Gempak
02/09/2024
04:15 MYT
Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad malam.

Pesawat patah balik

Aplikasi penjejak penerbangan global, Flight Radar24 menunjukkan MH66 berlepas dari Terminal 1 KLIA 1 jam 12.01 tengah malam Isnin ke Seoul, Korea Selatan berbanding jadual asalnya jam 11.30 malam Ahad.
Ia kemudiannya berpatah balik dan selamat mendarat jam 12.34 tengah malam.
Difahamkan, pesawat tersebut mengalami masalah teknikal.
Sehingga kini, pihak media masih menanti kenyataan dikeluarkan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendedahkan masalah komponen mekanikal merupakan antara isu signifikan yang menyumbang kepada beberapa insiden teknikal membabitkan pesawat MAB seperti dilaporkan sejak akhir- akhir ini.

Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara pesawat MAB, MAB Engineering Services (MABES) juga didapati kekurangan pekerja mahir.
Sebelum ini dilaporkan beberapa insiden serupa berlaku membabitkan penerbangan MAS. Antaranya, MH156 yang dalam perjalanan ke Jeddah pada 4 Ogos lalu terpaksa berpatah balik ke KLIA 1 susulan masalah teknikal.

ARTIKEL BERKAITAN:Pesawat Malaysia Airlines Hadapi Masalah Tekanan Dalam Kabin, Patah Balik Ke KLIA

ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi Bebe Rexha Menangis Teresak-Esak, Tidak Dibenarkan Menaiki Pesawat Akibat Bercakap Bahasa Albania

ARTIKEL BERKAITAN:“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah” - Jeritan Terakhir Pembantu Juruterbang Nahas Elmina

ARTIKEL BERKAITAN:Kegagalan Kawal Penerbangan Punca Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina

ARTIKEL BERKAITAN:Pesawat Malaysia Airlines Bawa Jemaah Umrah Berpatah Balik Selepas 2 Jam Berlepas

Dua minggu lalu, MH128 dari Melbourne ke Khala Lumpur pada 19 Ogos turut terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs akibat masalah enjin di udara.
Pada 24 Jun, MH780 yang dalam penerbangan ke Bangkok juga berpatah balik ke KLIA selepas mengalami masalah tekanan udara.
Sementara, pada 20 Jun, MH199 yang menuju ke Kuala Lumpur dari Hyderabad terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada 3.21 pagi waktu tempatan, disebabkan masalah enjin.
Sumber: SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Puteri Kecil Kami Lahir Dengan Sihat” - Song Joong Ki Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
21/11/2024
08:20 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki meluahkan rasa gembira selepas isterinya, Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Hiburan

Song Jae Rim Meninggal Dunia Di Usia 39 Tahun

gempak
12/11/2024
10:34 MYT
Pelakon Korea, Song Jae Rim dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.
Hiburan

Temui Bintang Korea Yeo Jin Goo, Amir Ahnaf, Mierul Aiman & Aedy Ashraf Di Sunway Pyramid 23 November Ini!

gempak
12/11/2024
02:01 MYT
KC Global Media berkolaborasi dengan Astro menganjurkan One Astro Fan Fest dengan menampilkan bintang terkenal Korea Selatan, Yeo Jin Goo.
Hiburan

Pelakon Kim Soo-mi Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung!

gempak
25/10/2024
11:58 MYT
Pelakon veteran, Kim Soo-mi dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat serangan jantung, awal pagi tadi.
Unitar