HIBURAN
Sasha Abdul Aziz Berang, Tegur Individu Dakwa Anak Ada Mild Autisme - “Bab Anak Jangan Sentuh, Saya Tak Kacau Pun Hidup Awak”
Pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz meluahkan rasa berang apabila ada individu mendakwa anaknya menghidap mild autisme.
Jangan sentuh bab anak
Sasha meluahkan perasaannya itu menerusi beberapa seleksi hantaran Insta Story miliknya hari ini.Kata Shasha, individu tersebut tidak sepatutnya sibuk mencampuri hal urusan keluarganya dengan membuat dakwaan yang tidak benar.
“Kepada si polan, jangan kacau hidup anak anak saya dan juga saya,” tegasnya.“Polan ni cakap anak saya ada mild autiseme. Bab anak jangan sentuh. Nak cakap anak saya mild autisme. “Hello nak cari pasal bukan dengan anak, anak saya tak buat salah. Anak saya normal dan anak saya tak kacau pun hidup awak. Jadi kenapa nak kacau anak saya.
Untuk info, Sasha mendirikan rumah tangga dengan Daily Doseof Liu yang merupakan seorang mualaf pada tahun 2019.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Isabella Liu, Rose Liu dan kini Sasha sedang hamil anak ketiga.
Must-Watch Video