,
Laman Utama

Sasar 60% Lulus & Skor 5A Ke Atas SPM, PTTI Jelajah Sekolah-Sekolah Seluruh Malaysia!

Amri Hassan
19/08/2022
04:12 MYT
Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI memulakan program #SchoolTourSPM ke sekolah di seluruh Malaysia bagi membantu pelajar yang bakal menduduki SPM.
Sebagai permulaan, PTTI bersama Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana meraikan jemputan guru kimia di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lipis, Kuala Lipis, Pahang, untuk berkongsi bersama lebih 160 pelajar SPM mengenai tips dan strategi skor A subjek kimia.
Cikgu Fana berkata, dia berpeluang berjumpa 15 guru kimia yang mana sebelum ini mereka hanya menonton perkongsian video dalam membantu kefahaman pelajar.
"Jemputan ini adalah inisiatif daripada guru kimia SMK Clifford, Cikgu Husaini dan disertai semua guru kimia Daerah Lipis. Mereka sangat teruja dapat berjumpa kerana selama ini hanya menonton video yang saya kongsikan untuk membantu kefahaman pelajar yang bakal menduduki SPM.
"Sesi ini bermula dari pagi hingga petang yang turut membabitkan lebih 160 pelajar SPM yang mana saya berkongsi tips sebagai persediaan awal menghadapi percubaan SPM terutama subjek Kimia.
"Insya-Allah, menerusi program ini kami berhasrat untuk membantu dan berkerjasama dengan lebih banyak sekolah sebagai persediaan untuk menghadapi SPM," katanya.
Menurut Cikgu Fana, program #SchoolTourSPM bakal diteruskan di beberapa lagi sekolah dalam negara tidak lama lagi.
"PTTI percaya kolaborasi pihak sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama pihak swasta dapat meningkatkan prestasi pelajar menjelang SPM dengan sasaran lebih 60 peratus pelajar lulus dan mendapat sekurang kurangnya 5A dan ke atas.
"Kami melihat kepada potensi generasi sekarang yang mampu dipupuk dengan penggunaan teknologi interaktif dapat merangsang minat yang lebih mendalam terutamanya dalam bidang STEM dan inovasi teknologi baru," katanya.
Untuk rekod, seramai 96 pelajar SPM 2021 yang mengikuti pembelajaran dan latihan disediakan PTTI memperoleh semua A berbanding 34 pelajar pada 2020 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 188 peratus.
Sementara itu, seramai 383 pelajar mendapat 7A ke atas (2021) berbanding 158 pelajar (2020) dan peningkatan sebanyak 143 peratus. Selain itu, 522 pelajar memperoleh 5A ke atas pada 2021 berbanding 366 pelajar pada 2020 dengan jumlah peningkatan 43 peratus.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar