,
Hiburan

Sarimah Ibrahim Titip Pesanan Untuk Janna Nick, Anggap Perjalanan Nak Jadi Ibu Adalah Unik - “Saya Berumur 41 Tahun Ketika…”

Asyikin Mayudin
06/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim turut memberi kata-kata semangat kepada pasangan selebriti Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann yang terkesan dengan komen negatif netizen melibatkan zuriat.

Doa untuk Janna

Sarimah menerusi komen yang ditinggalkan di perkongsian video Janna, dia mendoakan agar pasangan itu akan dikurniakan cahaya mata selain tidak lagi diganggu oleh perkara negatif.

“Babygirl… Allah knows. Dan bayi anda tahu bila waktu yang tepat untuk anda berdua. Kita selalu doakan ia akan berlaku untuk anda berdua kerana ia benar-benar satu keajaiban yang ramai orang tidak menghargai.

“Semoga Allah meringankan beban di hatimu dan semoga mereka-mereka yang menulis dan memberi kata-kata kurang ajar dan negatif tu terus hilang dari hidupmu,” tulis Sarimah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dini Dituduh Lebih Hormon Wanita Punca Tak Dapat Anak, Janna Nick Anggap Komen Itu Kurang Ajar - “ Kami Dah Buat Macam-Macam”

ARTIKEL BERKAITAN: Minum Susu Ikhtiar Hamil, Ramai Doakan Janna Nick Timang Cahaya Mata… Tuan Badan: “At This Point Ikhtiar Je Apa Cara Sekalipun”

Menganggap perjalanan Janna untuk menjadi seorang ibu adalah unik, Sarimah berkata dia juga tidak menyangka dikurniakan cahaya mata iaitu Yang Mulia Tunku Sofia Najihah ketika berusia 41 tahun.
“Babygirl... anda adalah seorang yang unik dan perjalanan yang anda lalui untuk menjadi seorang ibu adalah unik untuk anda dan anda sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”

“Jangan pernah putus asa… saya berumur 41 tahun ketika kami mempunyai Sofia dan kami benar-benar berfikir mungkin ia tidak sepatutnya berlaku.
“Bersabarlah teruskan usaha ini dan utamakan kesihatan mental dan emosi anda,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Janna menyifatkan komen yang diberikan individu yang menuduhnya tidak boleh mengandung kerana Dini mempunyai hormon wanita lebih adalah sebagai kurang ajar.
Pelakon yang popular dengan filem Kimci Untuk Awak itu juga berkata dia dan suami sudah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan zuriat yang pertama.
Antara rakan selebriti yang meninggalkan komen adalah Nabila Razali, Lana Nodin, Siti Khadijah, Sherry Ibrahim, Datin Elvina Mohamad, Scha Alyahya, Uyaina Arshad dan ramai lagi.
Sekadar info, Janna dan Dini telah selamat mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar