,
Hiburan

Sarimah Ibrahim Berhabis Kira-Kira RM50K Beli Wardrobe Demi Drama - "Untuk Menghayati Watak, Saya Dah..."

Asyikin Mayudin
22/05/2024
02:55 MYT
Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim sanggul mengeluarkan wang sendiri kira-kira RM50,000 untuk penyediaan 'wardrobe', peralatan solekan dan sebagainya yang sesuai untuk watak lakonannya.

Mahu Pastikan Karakter Direalisasikan

Sarimah berkata, beliau melakukan inisiatif itu bagi memastikan karakter yang dilakonkan dapat direalisasi sebaik mungkin mengikut kehendak watak yang digambarkan.

“Kebanyakkan baju saya sediakan sendiri. Bahagian 'wardrobe' ada sediakan untuk babak tertentu, tetapi untuk menghayati watak itu, saya dah memikirkan sejenis perempuan yang dia akan 'kekwat' tentang baju dia.

"Jadi, saya pun terpaksa jadi 'kekwat' tentang baju. Untuk itu, kalau kita nak buat betul-betul, kita buat betul-betul. Jadi, boleh dianggarkan kira-kira RM50,000 juga saya berhabis demi watak, seorang wanita sangat berdikari yang kaya,” katanya kepada Gempak.

Beberapa Faktor Lain

Bukan itu sahaja, Sarimah turut memberitahu banyak faktor lain untuk memastikan karekter lakonannya dapat dijiwai dan disampaikan kepada penonton dengan baik.
“Banyak faktor terlibat dalam menjayakan satu watak sebenarnya. Dari segi penampilan, gym, baju, rambut, penghayatan, suara, cukup tidur, disiplin dengan masa, pastikan kulit cerah, kuku cantik dan semuanya cantik.

BERITA TRENDING: Sarimah Ibrahim Tak Pernah ‘Hilang’ Dari Industri Seni - “Saya Masih Ada Cuma…”

"Kalau kita senarai benda itu, nampaklah. Tapi, kalau tengok saja, orang boleh anggap benda itu dah senang. Namun, itulah prosesnya untuk merealisasikan setiap watak.
“Bagi drama Astro yang akan datang pun, saya dah mulakan persediaan awal," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hannah Delisha Sanggup Keluarkan Duit Sendiri Untuk ‘Wardrobe’ Ikut Kesesuaian Watak - “Tapi Bergantung Juga, Ada Masa Kita Nak…”

gempak
04/06/2024
09:55 MYT
Pelakon Hannah Delisha memberitahu seorang pelakon perlu mengeluarkan wang sendiri untuk penyediaan ‘wardrobe’ bagi watak dalam sesebuah karya merupakan perkara biasa yang sudah berlaku dalam industri seni.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Tak Pernah ‘Hilang’ Dari Industri Seni - “Saya Masih Ada Cuma…”

gempak
11/05/2024
06:55 MYT
Sarimah kongsi perjalanan karier seninya.
Hiburan

Dibandingkan Dengan Sarimah Ibrahim & Marion Caunter, Zahnita Tegur Netizen Puaka

gempak
22/03/2024
07:55 MYT
Tiga-tiga pun cantik, janganlah banding-bandingkan.
Laman Utama

“Alasan Betulkan Mikrofon” - Pernah Diraba, Sarimah Ibrahim Kongsi Pengalaman Terkena Gangguan Seksual

gempak
20/09/2023
02:58 MYT
Rupanya Che Puan Sarimah pernah terkena gangguan seksual.
Laman Utama

Sarimah Ibrahim Dedah Rahsia Penjagaan Wajah - “Dua Liter Air Kosong, Tidur 7 Jam, Pray…”

gempak
28/09/2022
02:50 MYT
Patutlah cantik...