,
Hiburan

Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak

Amri Hassan
26/04/2024
03:25 MYT
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.

BERITA TRENDING: “Dia Menumpang Di Rumah Saya” - Ini Kronologi Hubungan ‘Gelap’ Aliff Aziz Yang Didakwa Berlaku Sebelum Kes Khalwat

Dedah Sarah, Aliff menangis apabila Sarah bertindak mahu meninggalkannya selepas satu pergaduhan.
Dalam rakaman yang dikongsikan Sarah, suara yang difahamkan milik Aliff itu kedengaran sedang menangis teresak-esak merayu agar tidak meninggalkannya.
"Adalah pergaduhan antara saya dengan dia. Saya kata nak tinggalkan dia. Bukan pertama kali pun, dah banyak kali benda macam ini jadi.
"Tapi perkara sama yang selalu berlaku, konon nak tinggalkan jadi begini (menangis dan merayu).
"Saya bukan mahu tinggalkan dia sebenarnya, itu cuma taktik. Saya nak dia buang perkara buruk. Itulah juga sebab dia menangis," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram

Terdahulu, wargamaya dikejutkan dengan pendedahan oleh individu bernama Sarah Yasmine mengenai dakwaan hubungan terlarang antara Aliff dan Ruhainies.
Keadaan menjadi tegang apabila penyanyi Tom mendakwa Sarah turut menghubungi suaminya, penyanyi Fuad menerusi Instagram sejak 2022.
Selain itu, pendedahan Sarah turut menyebabkan nama Caprice terpalit sebagai individu yang didakwa sebagai antara individu yang mencipta akaun palsu menyebarkan aib Bella Astillah di internet.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.