,
Hiburan

Sarah Yasmine Dedah Cerita Sebenar Hubungan Dengan Meerqeen!

Amri Hassan
27/04/2024
03:10 MYT
"Mereka berpisah dan saya muncul," demikian penjelasan Sarah Yasmine yang didakwa turut terkait dengan pelakon kacak Meerqeen.
Jelas Sarah, disebabkan itu juga dia dan Anna Jobling menjadi rapat dan bersahabat.
"Saya wanita yang muncul selepas Anna. Saya dan Meerqeen dah tak ada apa-apa, saya dan Anna menjadi kawan.
"Anna tiada kaitan dengan Aliff, dia cuma kawan dan sekali lagi saya tegaskan, kami berkawan hanya kerana satu sebab iaitu Meerqeen," tambahnya.
Sarah pada Sabtu turut memberikan respons terhadap komen Meerqeen terdahulu yang memberitahu media mereka tidak mengenali satu sama lain, melainkan atas dasar artis dan peminat.

BERITA TRENDING: Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”

PILIHAN PEMBACA: Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”

Meerqeen diminta mengulas mengenai namanya yang dikaitkan dengan Sarah, menerusi beberapa hantaran netizen di aplikasi X sebelum ini.
Dalam hantaran itu, mereka mendakwa kononnya wujud hubungan antara Meerqeen dengan Sarah yang kini hangat diperkatakan berkaitan kontroversi bersama pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Rentetan daripada reaksi Meerqeen itu juga, Sarah berkongsi paparan skrin perbualannya bersama Meerqeen di beberapa platform antaranya di media sosial (Instagram) dan WhatsApp.
Malah, menerusi ulang siar video temuramah Meerqeen bersama Gempak, Sarah meletakkan emoji badut pada video terbabit.
Terdahulu, foto dan video Sarah dan Anna pada Disember tahun lalu dengan kapsyen ucapan penghargaan terhadap aktres itu yang sudi menjadi teman rapatnya menjadi perhatian.
Menerusi perkongsian itu juga, Sarah memuat naik foto mesra mereka berdua dan hantaran itu turut menerima komen balas daripada Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.