,
Hiburan

Sarah Hildebrand Beri Bayangan Kembali Berhijab & Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Mat Salih?

Ainun
26/08/2024
05:25 MYT

Pelakon, Sarah Hildebrand baru-baru ini telah memuat naik gambarnya yang kembali bertudung dan bersama seorang jejaka ‘mat salih’.

Foto yang dikongsi itu juga merakamkan Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Hildebrand, 34 tahun, mempamerkan cincin berwarna hitam di jari manisnya seolah-olah memberi bayangan dirinya sudah berkahwin di Amerika Syarikat.
Hanya meletakkan emoji pada kapsyen tersebut, ramai peminat dan selebriti mengucapkan tahniah Sarah serta mendoakan yang terbaik buatnya.
Antara komen yang diberikan adalah:
“Tahniah Sarah!”

“Tahniah Sarah dah menikah. Semoga berbahagia dan dikurniakan zuriat yang comel amiin”

“Tahniah Sarah, Semoga kekal hingga ke jannah,” komen dari peminat dan selebriti.

Terdahulu, Sarah pernah mencetuskan kontroversi apabila dia memutuskan untuk tidak berhijab lagi selepas berkahwin dengan jejaka berdarah kacukan Filipina-Amerika, Otto Gilen.
Dua tahun kemudian, Sarah berhenti memuat naik gambar bersama suaminya di media sosial dan memilih untuk tidak mengulas mengenai status perkahwinannya.
Pada tahun 2022, dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari industri lakonan dan berhijrah ke Amerika Syarikat.
Pada Julai 2022, dia secara rasmi menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

BERITA TRENDING: Nourul Depp Geram! Netizen ‘Sedap Mulut’ Tuduh Dah Bercerai - “Nanti Mati, Baru Nak Menyesal Jika Tidak Diampunkan”

BERITA TRENDING: Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

BERITA TRENDING: Band Underground Uncure Perjuangkan Isu Palestin, Bakal Adakan Showcase Tanda Soladiriti - "Kami Ingin Gabung Kelompok Berbeza"

BERITA TRENDING: Lee Minho Cadang Berkahwin - "Saya Rasa Sudah Tiba Masanya Untuk Saya ..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.