,
Hiburan

Sapu Habis! Mael Totey The Movie Raih RM4 Juta Dalam Hanya 8 Hari!

Hanafis Haris
30/10/2020
05:34 MYT
Filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM) sekali lagi mencatat rekod tersendiri apabila meraih kutipan sebanyak RM4 juta dalam tempoh lapan hari.
Kutipan tersebut sekali gus menjadikan filem MTTM antara yang tertinggi ditonton di Astro First ketika ini.
Berita membanggakan ini turut dikongsi menerusi Instagram Astro Shaw, hari ini.
“Alhamdulillah RM4 juta dalam masa 8 hari tayangan! Terima kasih atas sokongan anda semua!
“Jom repeat tengok Mael Totey The Movie! MTTM kini di pawagam rumah anda. Untuk melanggan sila ke saluran 480.
“Anda juga boleh strim MTTM di Astro Go atau On Demand.
“Kita lain, mereka sama,” katanya pengendali akaun tersebut.
Pada yang tidak tahu, MTTM merupakan karya sulung Syahmi dalam bentuk filem.
Selain Syahmi sebagai watak utama, MTTM masih mengekalkan bintang YouTube iaitu Asif dan Yoe Parey.
Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] Hadiakan Pekerja iPhone 14, Ramai Nak Majikan Macam Syahmi Sazli

gempak
10/10/2022
08:00 MYT
Netizen puji sikap Syahmi Sazli sebagai majikan
Laman Utama

Hadiahkan Yoe Parey Motosikal Ysuku, Netizen Tanya Asif Dapat Apa? Ini Jawab Syahmi Sazli

gempak
22/02/2021
08:05 MYT
Netizen Tanya Asif Dapat Apa? Ini Jawab Syahmi Sazli
Berita

Kru Mael Totey Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Set, Syahmi Dedah Kata-Kata Arwah Paling Diingati

gempak
26/11/2020
01:35 MYT
salam takziah buat keluarga kru Mael Totey The Movie
Berita

“Tak Tahu Nak Gelak Ke Nak Kesian”- Gelagat Syahmi Syazli Hadapi Dugaan Banjir Jadi Tumpuan

gempak
24/11/2020
09:35 MYT
Gelagat Syahmi Syazli Hadapi Dugaan Banjir Jadi Tumpuan
Hiburan

Kutip RM6.4 juta, Mael Totey The Movie Catat Sejarah Filem Terlaris Astro First

gempak
15/11/2020
15:32 MYT
Tahniah Mael Totey!