,
Laman Utama

Sangkut Jammed, Amitabh Bachchan Tumpang Motor Ke Lokasi Penggambaran

Maliah Surip
16/05/2023
04:50 MYT
India diketahui sebagai sebuah negara dengan penduduk terpadat di dunia dan salah satu masalah yang tiada penyelesaian adalah kesesakan jalan raya.
Salah seorang pesohor yang tidak terlepas daripada masalah kesesakan jalan raya adalah Amitabh Bachchan.
Oleh kerana tersangkut dalam kesesakan jalan raya, aktor legenda itu terpaksa membonceng motosikal peminat untuk ke lokasi penggambaran.
Insiden tersebut dikongsikan sendiri oleh Amitabh bersama sekeping foto dirinya sedang membonceng motosikal seseorang yang dirakamkan di akaun media sosial.
Menerusi foto tersebut, Amitabh dilihat memakai t shirt berwarna hitam, blazer coklat dan seluar biru dilengkapi kasut putih.
Pada keterangan foto, bintang Bollywood yang menjadi pujaan dunia itu telah mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak dikenali tetapi sanggup menumpangkannya ke ‘tempat kerja’.
“Terima kasih untuk membantu saya (membonceng motosikal). Saya tidak kenal anda tapi kesanggupan anda menghantar saya ke lokasi penggambaran pada tepat masa sangat dihargai.
“Naik motorsikal lebih cepat dan dapat mengelak kesesakan jalan raya. Terima kasih,” tulisnya seperti dilaporkan HindustanTimes.
Perkongsiannya itu mendapat reaksi dalam kalangan penggemar dengan salah seorang mengatakan selalu mendengar cerita Amitabh seorang aktor yang berdisplin dan tidak pernah lewat.
“Hari ini saya melihat bagaimana anda menjadi seorang bintang yang sentiasa tepat waktu. Diharap sikap ini dapat dipelajari oleh pelaku seni yang lain,” tulis seorang netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.