,
Hiburan

Sangkal Dakwaan Suntik Botoks, Pak Nil Berhabis Untuk Penjagaan Wajah

Ahmad Shah
30/05/2016
02:15 MYT
Pengacara terkemuka, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, 54, menyangkal dakwaan yang mengatakan dia mengambil suntikan botoks untuk tujuan mencantikkan wajah.
Tampil muda berbanding usia sebenar, Pak Nil mencerita pengalaman lalunya yang berhabis demi menjaga penampilan wajah.
“Dahulunya, saya sanggup berhabis wang beribu-ribu ringgit sebulan demi menjaga penampilan wajah. Namun begitu, saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya mengambil suntikan botoks kerana ianya memudaratkan.
“Mustahil saya gunakan botoks kerana jika benar, pastinya saya tidak boleh memberikan reaksi wajah yang berbeza-beza, sama ada sedih, gembira atau pun terkejut setiap kali saya mengacarakan mana-mana program di kaca televisyen. Saya hanya melakukan rawatan yang selamat serta tidak membahayakan dan berjumpa dengan pakar dermatologi,” kata Pak Nil kepada Astro Gempak.
Muncul dengan produk penjagaan wajah jenama sendiri iaitu Anell by Aznil Nawawi, Pak Nil mahu berkongsi rahsia kepada peminat di luar sana.
“Menerusi Anell, saya menemui jalan penyelesaian untuk menjaga wajah secara murah dan selamat. Saya bersama dengan rakan kongsi, Aisyah Nik Jaafar berusaha mencari formulasi berkesan dalam merealisasikan Anell.
“Produk ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan dalam pembungkusan yang sangat menarik, hanya RM199 sahaja. Produk ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan, malah ia juga lulus ujian makmal dan mendapat lesen Kementerian Kesihatan Malaysia,” katnya lagi.
Untuk sebarang informasi lanjut mengenai produk ini, lawati laman Instagram @anell_official dan laman Facebook berikut, www.facebook.com/anellbyaznilnawawi. Produk ini mula dipasarkan pada 1 Jun 2016.
Kredit foto: Instagram @seripictures
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Koreografer Legenda Ahmad Kassan Meninggal Dunia

gempak
01/09/2023
02:00 MYT
Al-Fatihah...
Laman Utama

Pak Nil Pesan, Kalau Boleh Tunjuk Duit Kepuk-Kepuk, Kenapa Tak Seimbangkan Sekali Dengan…

gempak
02/02/2022
04:50 MYT
Setuju dengan Pak Nil
Laman Utama

“Rasanya Seperti Di Itali” - Lancar Aiskrim, Uniknya Nama Perisa Ciptaan Pak Nil!

gempak
24/09/2020
12:02 MYT
Untuk masa terhad sahaja.
Hiburan

COVID-19: "Kami Pun Nak Balik Rumah, Tapi Kami Ada Tanggungjawab..." - Air Mata Lelaki Ini Mengalir Mengenangkan Sikap Masyarakat Yang....

gempak
20/03/2020
13:08 MYT
Hiburan

“Semoga Penipu Yang Guna Nama Pak Nil Ditangkap Segera!” – Netizen Puji Tindakan Pak Nil Cepat Buat Laporan Polis

gempak
29/08/2019
22:00 MYT
Unitar