,
Hiburan

Sanggup Tolak Tawaran Produksi Bollywood, Soffi Jikan Nangis Tonton Filem Jodoh Syaitan

Zulaikha Yusof
03/03/2020
05:35 MYT
Pelakon Soffi Jikan akui pada awalnya dia tidak ingin menonton hasil lakonannya dalam filem Jodoh Syaitan.
Jelas Soffi, dia khuatir lakonannya tidak menjadi selain tidak mencapai target yang diletakkan.
"Mula-mula saya memang tak nak masuk dalam pawagam sebab rasa takut dan tak yakin nak tengok lakonan sendiri.
"Saya bimbang lakonan saya tidak menjadi. Masa buat itu rasa seronok tapi takut apabila dah siap, lakonan itu tak jadi pula.
"Tapi saya paksa juga diri untuk tonton dan tak sangka saya menangis beberapa kali.
"Bukan nak puji sebab lakonan sendiri tapi filem itu ada magis dan menjadi bagus," katanya kepada Gempak.
Soffi ditemui pada majlis tayangan perdana filem Jodoh Syaitan yang diadakan di e@Curve Damansara, Petaling Jaya.
Dalam pada itu, pemilik nama Mohamad Shoffi Jikan menyatakan dia terpaksa menolak tawaran berlakon dari produksi Bollywood demi Jodoh Syaitan.
"Sebenarnya sekitar tahun 2018, saya pernah ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah iklan terbitan produksi dari Bollywood.
"Ini memang merupakan impian saya. Dapat pula watak utama, memang saya nak sangat.
"Tapi memikirkan komitmen dan ketika itu saya ada menerima tawaran berlakon filem Jodoh Syaitan, saya terpaksa tolak.
"Saya tak boleh nak beritahu iklan apa dan nama produksi.
"Terpulang la nak percaya atau tidak sebab saya sendiri pun terkejut dapat tawaran tersebut," katanya lagi.
Selain Soffi, filem Jodoh Syaitan ini turut dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Aprena Manrose, arwah Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff, Fauziah Nawi dan ramai lagi.
Filem terbitan Da Motion Media ini bakal memulakan tayangan di pawagam seluruh negara mulai 5 Mac.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Tak Ambil Hati, Cuma…" - Soffi Jikan Ulas Status Hubungan Dengan Farid Kamil

gempak
06/03/2020
08:39 MYT
Berita

Isu Dadah Masih Berlarutan, Soffi Jikan Diperintah Bela Diri

gempak
13/05/2019
08:45 MYT
Berita

Jodoh Syaitan Singkap Kisah Paku Mayat Untuk Dijadikan Isteri

gempak
03/08/2018
10:18 MYT
Hiburan

"Soffi Jikan Tidak Mahu Bertentang Mata Dengan Datuk Farid Kamil"

gempak
13/07/2018
02:44 MYT
Terkini

Jodoh Syaitan Bakal Temukan Soffi Jikan & Aprena Manrose

gempak
11/07/2018
10:05 MYT