,
Filem

"Sangat Tercabar Untuk Kelihatan 'Natural' Di Depan Kamera" - Rio Dewanto NKCTHI

Zulaikha Yusof
02/05/2020
06:19 MYT
Pelakon Indonesia, Rio Dewanto mendedahkan watak Angkasa yang dipegangnya sangat berbeza dengan kehidupan sebenar.
Menurut Rio, realitinya dia merupakan anak bongsu di dalam keluarga.
"Kehidupan realitinya saya adalah anak bongsu bukan anak sulung. Jadi untuk watak Angkasa ini saya lebih banyak berbincang dengan pengarah Angga Dwimas Sasongko dan Awan iaitu Rachel Amanda.
"Amanda merupakan anak sulung dalam kehidupannya jadi dia banyak membantu.
"Kami sering bercerita di set penggambaran bagi menjayakan watak masing-masing," katanya menerusi segmen #ArtisDudukDiam.
Dalam pada itu, Rio berpendapat filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) merupakan sebuah karya yang jarang ditemui sepanjang dia menjadi anak seni.
"Ketika saya mengetahui babak di dalam filem ini, banyak yang perlu didalami.
"Banyak juga yang saya tanya dekat Angga mengenai filem ini. Angga selalu mempunyai jawapan yang bagi saya ia masuk akal.
"Itu membuatkan saya terfikir yang filem ini sangat luar biasa. Jarang sekali saya berjumpa dengan jalan cerita macam itu.
"Kami sebagai pelakon juga tercabar untuk memberi sesuatu yang lebih dan kelihatan 'natural' di depan kamera.
"Filem ini sangat dekat dengan rutin harian kita. Bila dah tengok, ramai yang tersentuh emosinya," katanya lagi.
Apapun, jangan lupa untuk sewa Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.
Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
BACA: Power! Ini Bintang Filem Yang Dikenali Dengan Watak Ayah
BACA: Watak Aurora NKCTHI Buat Anak Kedua Terasa, "Rasa Sakitmu Boleh Dirasai"​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.
Hiburan

Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First

gempak
29/08/2024
12:55 MYT
Sempena temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mula berlangsung pada 28 Ogos, Astro First berbesar hati untuk membawakan filem ‘Gold’ arahan Adrien Teh ke saluran pawagam rumah anda, Astro First.
Peraduan

Sewa Filem Di Astro First On Demand Store & Menang Sepasang Tiket Wayang Filem terbaru BEETLEJUICE BEETLEJUICE!

gempak
28/08/2024
01:52 MYT
Menang Sepasang Tiket Menyaksikan Filem BEETLEJUICE BEETLEJUICE sekarang!
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!