,
Hiburan

“Sampai Tersedak Nasib Tak Tercekik” – Mawar Terkejut, Fizo Buat Surprise Bawa Anuar Zain

Mya Amri
26/03/2019
07:46 MYT
Isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim terkejut apabila penyanyi popular, Anuar Zain tiba-tiba muncul ketika dia sedang menikmati makanan.
Disebabkan kejadian itu juga, Mawar yang sedang mengunyah makanan tersedak sebaik sahaja melihat figura popular itu.
Kehadiran Anuar Zain itu merupakan satu kejutan yang diberikan oleh Fizo buat isteri tercintanya.
Mawar berkongsi momen manis itu menerusi sepotong video pendek di akaun Instagramnya semalam.
“Special thanks to my hubby, especially Abang Sham dengan Kak Wawa suprise kan cheq tak tau Abang Anuar @anuarzain70 nak datang sampai tersedak nasib tak tercekik.
“Firstly, Kak Wawa jemput dinner ? ingat kan tak dak sapa balik keja lepas magrib jalan kaki ja maklum la dekat ja.
“OMG, speechless sampai kenyang la. Apa pun tengok betoi-betoi Maryam pun excited. Thanks a lot, buat tuan rumah.
“(Apa pun abaikan sora-sora kami ni ya and muka cheq dok ternganga makan tu ??),” tulisnya.
Video yang merakamkan aksi teruja Mawar itu mendapat respon positif daripada pengikut Instagramnya.
Rata-ratanya menyatakan rasa seronok melihat gelagat comel Mawar itu.
Fizo dan Mawar berkahwin pada 10 November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam pada 29 Disember 2017.
Foto: Instagram @mawar_karim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ziana Zain Diva Seluruh Generasi, Musnahkan Skeptikal Usia 56 Hanya Angka

gempak
27/05/2024
15:55 MYT
Ziana Zain di depan mata. Tanpa pernyataan ‘show off’, beliau mempersona, anggun dan punya aura seperti sejak pertama kali kemunculannya lebih 20 tahun lalu.
Viral

Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”

gempak
27/05/2024
04:55 MYT
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi pengalaman berdepan dengan hari yang tidak begitu baik dan lancar buatnya.
Hiburan

Ibu Solat Hajat, Bapa Ziana Zain Video Call Mahu Lihat Baju & Solekan

gempak
26/05/2024
09:55 MYT
Penghibur Ziana Zain mendapat kejutan apabila menerima panggilan video daripada bapanya, Zain Abdullah menerusi adik, Anuar Zain sewaktu membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena.
Hiburan

“Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun” - Fizo Omar

gempak
27/02/2024
07:55 MYT
Fizo berpendapat doa ibu sangat penting.
Viral

Isu Pengikut Media Sosial Kurang Senang Dengan Mentua, Isteri Fizo Berpendapat – “Masuk Saja Alam Perkahwinan, Kita Tiada Pilihan”

gempak
18/02/2024
09:55 MYT
Fazeera beri pendapat mengenai mentua.