,
Hiburan

"Sampai Tak Menang Tangan" - Cempedak Goreng Air Tangan Isteri Abam Bocey Laku Keras

Zulaikha Yusof
22/07/2020
01:22 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, menyatakan dia kini sibuk berniaga kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng.
Ketika dihubungi Gempak, Hidayah berkata dia sendiri turun padang menjual bersama adik iparnya di Sabak Bernam, Selangor.
"Saya memang suka berniaga. Sejak Hamzah dah besar ni, saya mula berniaga kecil-kecilan dari membuat kuih dan bakal ada pembaharuan di masa akan datang.
"Perniagaan cempedak goreng ini bermula sejak awal bulan tujuh. Saya sendiri turun padang berniaga bersama adik ipar saya.
"Biasanya kedai buka pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang tapi bergantung pada keadaan juga," katanya menerusi kiriman WhatsApp.

S E D E K A H Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5. Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang dia suka,. Yang paling penting, "Mengejar rezeki jangan Mengejar jumlahnya tapi kerjarlah berkahnya" Terima kasih semua support & beli Cempedak goreng & produk2 keluaran dayah.. Al-fatihah dibaca buat arwah suamiku Syed Umar Mokthar.. #paidreviewhidayahabam #cempedakgorenghidayahabam #titiankasihcocohidayahabam #kasihchocolatehidayahabam #tepungrotijalachocolate #biarorangbuatkitajangankitabuatorang #kitabaikramaisayang #allahsentiasabersamakita #rindudalamdoa #kerjakerasdemianak #kitabaikramaisyg #mysmallbiznes #alfatihaharwahabam

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Tambah Hidayah, dia bersyukur dengan sambutan yang diperolehi daripada pelanggan yang tidak putus kunjung untuk membeli.
"Saya jual dengan harga RM2 untuk 4 biji. Alhamdulillah, cempedak goreng saya dapat sambutan sampai tak menang tangan untuk melayan.
"Baru menggoreng ja terus habis dibeli orang. Syukur, alhamdulillah setiap hari jualan habis sebelum waktunya," katanya lagi.
Pada 10 Februari lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, dipercayai akibat demam panas.
Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun satu bulan.
BACA: Arwah Tak Sempat Sambut Hari Lahir Anak, Balu Abam & Hamzah Rai Secara Sederhana
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Peguam Jelaskan Tindakan Hidayah Tolak Duit Ali Puteh - “Orang Akan Tahu Ada Sejumlah Wang Besar Dalam Rumahnya”

gempak
21/02/2024
09:40 MYT
Ouh itu sebabnya...
Laman Utama

Tiket Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang Laku Keras, Judika Jawab Kemungkinan Ada Malam Kedua

gempak
18/07/2023
14:30 MYT
Tiket Judika ‘laku keras’
Laman Utama

[VIDEO] “Pegang Sudu Terjatuh, Menangis-Nangis, Mulut Berbuih…”- Abang Hidayah Dedah Hamzah Disihir Sejak Bayi

gempak
05/04/2023
02:15 MYT
Kesian Hamzah.
Laman Utama

[VIDEO] Hidayah & Anak Terkena Sihir Sejak Abam Bocey Meninggal - “Mohon Kepada Sesiapa Yang Boleh Membantu…”

gempak
03/04/2023
01:55 MYT
Semoga dipermudah urusan Hidayah.
Laman Utama

Emas Chrome Putih Tak Laku? Nanti Dulu…Jangan Tertipu!

gempak
09/06/2021
11:42 MYT
Oh rupanya ini nilai chrome putih atas emas...