gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Rumah Cucu Tun M Dipecah Masuk, Rugi RM1.8 Juta
HIBURAN
Miera Leyana Mohon Bekas Madu Berhenti Guna Namanya Untuk Raih Simpati - “Saya Pernah Menang Anugerah…”
HIBURAN
Selepas Mengaku Hamil Anak Luar Nikah, Erika Carlina Kongsi Tarikh Lahir & Nama Anak Dalam Kandungan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Sampai Bila Nak Duduk Bawah Ketiak Mama?”- Anak Kak KM, Nabila Mahu Berdikari Cari Duit Sendiri, Impi Bawa Ibu Tunai Haji

Umirah Halim
Umirah Halim
29/04/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Sampai Bila Nak Duduk Bawah Ketiak Mama?”- Anak Kak KM, Nabila Mahu Berdikari Cari Duit Sendiri, Impi Bawa Ibu Tunai Haji
Anak kepada usahawan sensasi Kak KM, iaitu Nabila, meluahkan hasratnya untuk berdikari dan mula mencari pekerjaan selepas tamat pengajian.
Menurut Nabila, meskipun ibunya telah menyediakan segala kemudahan termasuk menghadiahkan rumah sendiri dan sebagainya, dia tetap mahu merasai hasil usaha sendiri.
“Sekarang ini saya mahu cari pekerjaan memandangkan sudah habis belajar. Umur pun sudah meningkat, sampai bila saya mahu duduk bawah ketiak mama kan?
“Memang la mama dah bagi semua, rumah dan semuanya tapi nak juga rasa hasil sendiri. Sekarang saya nak cari pengalaman di luar dulu, baru fikir pasal bisnes dengan mama,” katanya kepada Gempak.
Selain itu, Nabila turut berkongsi niat untuk menghadiahkan gaji pertamanya kepada Kak KM sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang terhadap ibunya yang telah banyak berkorban selama ini.
Malah, turut berkongsi impiannya untuk membawa ibunya menunaikan haji hasil daripada titik peluhnya sendiri.
“Gaji pertama saya nak bagi mama.
“Insya-Allah apabila saya sudah berjaya nanti, saya mahu bawa mama (Kak KM) pergi menunaikan haji. Untuk sekarang ini dia masih belum berpeluang, jadi saya mahu dia pergi hasil usaha saya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anak
#Haji
#Kak
#Nabila
#Kerja
#KM
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement