,
Laman Utama

Sambutan Luar Jangkaan, Search Tampil Buat Kejutan! Bakal Tambah Tarikh Konsert Endemik Kepada…

Hanafis Haris
30/04/2022
16:14 MYT

Kumpulan rock legenda Search yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal membuat kejutan dengan mengumumkan penambahan tarikh Konsert Endemik selama dua malam.

Difahamkan, konsert tersebut kini akan berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2022 di sebuah lokasi terbaru bertaraf antarabangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur iaitu di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut Amy, keputusan untuk menambah satu lagi malam bertujuan untuk memberi peluang kepada semua peminat-peminat Search bukan sahaja di Malaysia malah dari seluruh rantau Asia.

“Setelah berbincang dengan penganjur Konsert Endemik, LOL Asia, kami membuat keputusan untuk menambah satu lagi malam untuk memberi peluang kepada semua peminat-peminat Search bukan sahaja di Malaysia malah dari seluruh rantau Asia.

“Pihak kami juga telah bertemu dengan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, yang menyokong penuh penganjuran konsert ini dan keputusan untuk mengadakannya selama dua malam.

“Zepp KL mempunyai ciri-ciri sekuriti yang hebat namun untuk memastikan keselamatan penonton lebih terjaga, kami pasti inilah yang terbaik, walaupun negara kita sudahpun diisytiharkan sedang melalui fasa peralihan endemik,” katanya.

Jelas Amy lagi, Konsert Endemik pada 4 dan 5 Jun 2022 ini akan menjadi penanda aras baru bagi penganjuran konsert fasa endemik di Malaysia.

“Kami bukan sahaja merupakan band pertama membuat persembahan solo di Zepp KL, tetapi kami juga akan mempersembahkan buat pertama kali dua lagu baru dari Search iaitu Endemik I dan Endemik II, selain lagu-lagu signature Search yang menjadi kegilaan peminat-peminat kami.

“Dapatkan tiket Konsert Endemik hari ini sebelum ianya habis dijual, dan jumpa anda semua di Zepp KL pada 4 dan 5 Jun ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal berkata, laman web jualan tiket Konsert Endemik mula dibuka pada jam 10 malam semalam (28 Jun 2022) dan setakat ini kesemua VIP Box telahpun berjaya dijual.

“Tiket-tiket bagi kategori Platinum, Gold, Silver dan Rock Zone juga hampir kehabisan. Saya percaya status Search sebagai kumpulan rock nombor satu di Malaysia dan juga fasiliti bertaraf dunia di Zepp KL menjadi faktor utama tiket Konsert Endemik begitu laris.

“Ia adalah peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh kesemua peminat kumpulan Search terutamanya dengan line-up legenda iaitu Amy, Nasir, Hillary dan Man Kidal. Search sendiri telah menjanjikan konsert paling epik dan bakal melakar sejarah di dalam lipatan industri seni tanahair terutama scene rock n roll”.

Tiket Konsert Endemik telahpun mula dijual. Layari lolasia.bigtix.io untuk maklumat lanjut berkenaan pembelian tiket.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

gempak
17/08/2024
13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.
Hiburan

Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima

gempak
17/06/2024
04:13 MYT
Dua rockers ternama tanah air, Datuk Suhaimi Rahman dan Norazila Aminuddin selamat menunaikan rukun Islam kelima selepas melakukan ibadah haji.
Hiburan

Search Bakal Adakan Konsert Orkestra Pertama! - "Peminat Akan Dengar Bunyi-Bunyi 'Mahal'"

gempak
23/05/2024
14:55 MYT
Buat pertama kali, kumpulan Search bakal mengadakan konsert diiringi okestra berjudul Search Symphonic Live In Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung 21 September di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Hiburan

“Jenama Search Merupakan Satu Institusi Yang Orang Boleh Rujuk” - Nasir Search

gempak
17/05/2024
12:55 MYT
Pemain bass Search, Nasir Daud menganggap cadangan peminat agar nama Search dapat digunakan oleh individu-individu yang pernah berkaitan dengan kumpulan itu tidak perlu diberi perhatian.
Hiburan

Search Rakam Lagu Raya Pertama, Sujud Aidilfitri Simbolik Muhasabah Diri, Renung Khilaf

gempak
01/04/2024
12:27 MYT
Sujud Aidilfitri menjadi karya Aidilfitri ulung yang akhirnya diterbitkan Search sempena merayakan bulan penuh berbahagia ini.