,
Hiburan

Sambut Ulang Tahun Ke-28, Isteri Hadiahkan MK K-Clique Motosikal Idaman - “Dia Kata Nak Sangat…”

Umirah Halim
09/11/2024
09:55 MYT
Isteri kepada penyanyi rap, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi kepada suaminya bersempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-28, pada Julai lalu.

Motosikal idaman

Menerusi entri yang dimuat naik di TikTok, Hajaar menyatakan jentera dua roda itu merupakan motosikal idaman MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan.
@hajaarsitii
Throwback! Baru sempat edit, video ni time birthday kesayangan 27/7. Time tu saya tengah sarat nak melahirkan seorang puteri, tak sempat nak edit2 and post. "Bila suami happy, kita pun akan hilang penat, sedih, sakit. Kita pun akan tumpang happy" Btw, motor tu dia share story dkt Aja, dia nak sangat beli tapi Aja ni takut kalau orang2 naik motor apa semua ni, then Aja tak setuju. Hahaha. Tapi kita tak boleh la tengok kesayangan kita macam ala sedih tak dapat nak pakai apa yg dia nak. Aja pun fikir2, tak apa la. Aja hadiahkan dia la motor yang dia nak time birthday nya. Deal, dan beli. Masa tu MK belum ada kat rumah. Malam hari yg sama dia balik rumah dari kerja dan... tengok la video tu! Hehe" ; Sandals tu pun dia pernah tunjuk dia suka, apa lagi kita beli la juga untuk gift kedua. ? Alhamdulillah. Loveeeee Suamiku ??♬ Untuk Mencintaimu - Seventeen “Video ini waktu birthday kesayangan (MK) pada 27 Julai lalu, baru sempat edit dan post sekarang sebab waktu itu saya sarat nak melahirkan puteri sulung.
“Motor itu dia pernah kongsi cerita dekat saya, dia kata nak sangat beli tapi saya jenis takut lihat orang naik motor, makanya ketika itu saya tidak setuju dia beli.
“Tapi tak boleh lah tengok kesayangan saya sedih tak dapat pakai apa yang di mahu.
“Saya pun fikir, tak apa lah. Saya akhirnya hadiahkan dia motor itu waktu birthday,” katanya.
Dalam pada itu, MK turut dapat dilihat tersenyum kegembiraan sambil menunggang motosikal berkenaan.

BERITA TRENDING: "Sup Ekor Campurkan Dengan Serbuk Sup Ayam..." - Hetty Koes Endang Kongsi Kenangan Lucu Kali Pertama Belajar Masak Untuk Suami

BERITA TRENDING: Ada Individu Dakwa Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal Rujuk? Ini Respons Ibu Aliff Aziz - “Terima Kasih Di Atas…”

BERITA TRENDING: Dengar Nasihat Peguam, Adam Shahz Takkan Kongsi Mengenai Hak Penjagaan Anak Di Media Sosial Lagi – “Bila Sekali Tersiar Susah Sangat Nak Hapuskan”

BERITA TRENDING: GV11: Suami Kurang Yakin Masih Boleh Menyanyi, Illa Sabry Terus Ambil Kelas Vokal - "Kita Jadi Isteri Pun..."

Tidak hanya menghadiahkan motosikal, Hajaar juga memberikan hadiah lain kepada suaminya iaitu sepasang sandal.
“Sandal itu pun dia pernah tunjuk dia suka. Apa lagi saya belikan juga untuk hadiah kedua.
“Bila suami gembira, saya pun akan hilang penat, sedih, sakit. Turut tumpang gembira juga,” jelasnya.
Sekadar info, MK dan Hajaar selamat bergelar suami isteri pada 16 Jun tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata sulung perempuan pada 3 Ogos lalu yang diberi nama Aya Rayana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Berita

"Selepas Azan Subuh Dia Beri Isyarat 5 Jari, Saya Ingatkan …" - Isteri Allahyarham S Atan

gempak
16/11/2024
14:25 MYT
Norizan juga meluahkan rasa syukur kerana dapat menunaikan segala permintaan suaminya sebelum pergi buat selamanya.
Unitar