,
Terkini

Saluran Youtube MONSTA Digodam Syarikat Crypto – “Pasukan Kami Sedang Giat Meneruskan Siasatan”

Umirah Halim
16/04/2024
06:30 MYT
Saluran YouTube animasi Monsta yang memiliki lebih 13.5 juta pelanggan (subscribers) telah menjadi mangsa jenayah siber.

Digodam syarikat crypto

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MONSTA menerusi Instagram, akaun tersebut dipercayai telah digodam oleh syarikat crypto yang berpangkalan di Amerika, Microstrategy US.

Tukar nama akaun

Bukan itu sahaja, profil akaun tersebut turut ditukar nama ke Microstratergy US.
“Dukacita dimaklumkan bahawa akaun YouTube rasmi Malaysia kami saluran 'MONSTA, yang mempunyai lebih 13.5 juta pelanggan, menjadi mangsa insiden siber semalam.
“Semasa kejadian ini berlaku, kawalan ke atas akaun kami telah dirampas secara tidak sah dan profil telah diubah untuk mewakili syarikat crypto yang berpangkalan di Amerika, Microstrategy US.'
“Kami amat prihatin dengan pelanggaran ini, bukan sahaja untuk gangguan yang ditimbulkannya kepada operasi kami tetapi lebih-lebih lagi untuk pencabulan amanah yang diberikan oleh berjuta-juta keluarga dan penonton muda kepada kami,” tulisnya menerusi kenyataan tersebut.
Perkara itu turut disahkan sendiri oleh Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak menerusi Facebook beliau.
“Monsta Channel yang mempunyai 13.5 Juta subscribers telah digodam dan ditukar nama ke MicroStrategy US,” tulisnya.

Siasatan lanjut

Sementara itu, pihak Monsta turut memaklumkan mereka sedang berusaha dalam menyelesaikan isu tersebut dan telah membuat aduan kepada pihak Youtube untuk siasatan lanjut.
“Pasukan kami sedang giat meneruskan siasatan untuk menangani isu ini dan meminta pihak yang didapati bersalah mengambil tanggungjawab sepenuhnya.
“Pasukan rangkaian kami juga sedang bekerja rapat dengan YouTube untuk mempercepatkan pemulihan akaun asal kami 'Saluran MONSTA,” tambahnya lagi menerusi kenyataan rasmi tersebut.
Untuk rekod, pada tahun lalu, saluran Monsta telah diberikan lencana ‘diamond play button’ oleh Youtube sempena telah meraih 10 Juta Subscribers.

Berita Trending: Video Jelingan Di Backstage Konsert Tular, Ini Respons Siti Nurhaliza

Berita Trending: Beraya Di Kelantan, Nabila Razali Jadi Perhatian - “Comeynyo Mek…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dapat ‘Refund’, Penginapan Percuma? Ini 9 Polisi Baharu Syarikat Penerbangan Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Apabila menggunakan pengangkutan udara,kapal terbang untuk melakukan sesuatu perjalanan, salah satu risiko yang perlu dilalui oleh individu adalah penerbangan ditunda atau dibatalkan.
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Terkini

Tanah Jerlus Masjid India: Kakitangan Dari Syarikat Swasta Tiba Di Lokasi

gempak
31/08/2024
04:55 MYT
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini yang ditangguh awal pagi tadi disambung semula hari ini.
Hiburan

Sarah Hildebrand Beri Bayangan Kembali Berhijab & Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Mat Salih?

gempak
26/08/2024
05:25 MYT
Pelakon, Sarah Hildebrand baru-baru ini telah memuat naik gambarnya yang kembali bertudung dan bersama seorang jejaka ‘mat salih’.