,
Berita

Saluran Darah Ke Otak Pecah, Pelajar Cemerlang Tajaan Petronas Kini Terlantar Di Hospital

Izwan Isa
12/02/2024
04:55 MYT
Sepatutnya, Muhammad Amirul Nazmi Sam sedang bertungkus-lumus menamatkan pengajian A-Level yang dijadualkan berakhir pada Mac ini sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada Jun depan.
Namun, manusia hanya merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya.

BERITA TRENDING: Bangunan Mega Di London Ini Tersenarai Antara 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia & Ia Dimiliki Oleh Malaysia!

Pemuda berusia 20 tahun yang menerima tajaan Petronas bagi menyambung pelajaran itu kini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Cyberjaya selama 12 hari.
Memetik laporan Harian Metro, Amirul Nazmi ditemui pengsan di ruang tamu oleh seorang tukang cuci yang datang ke rumah yang disewa oleh Petronas.
Ibunya, Wan Murni Wan Ngah, 46, memberitahu kejadian tersebut berlaku pada 18 Disember lalu.

BERITA TRENDING: Kakak Ipar Sahkan Marissa & Aslam Dah Nikah Di Siam, Netizen Tanya: “Ni Ke Maksud Kifarah Tu?”

Ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang sapu itu berkata, imbasan yang dilakukan pihak hospital mendapati saluran darah ke otak anaknya pecah hingga mengakibatkan anaknya lumpuh sebelah badan bahagian kanan.
Wan Murni berkata, berikutan kejadian itu, anaknya terpaksa menangguhkan pengajian selama setahun dan dia berdoa supaya anaknya itu kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.
"Buat masa ini saya terpaksa meminta cuti daripada majikan dan sekiranya keadaan Muhammad Amirul, tidak berubah saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya.
"Muhammad Amirul, kini bergantung sepenuhnya kepada susu dan lampin pakai buang dan saya juga menerima RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun CIMB Bank bernombor 7645426650 di atas nama Wan Murni Wan Ngah.

BERITA TRENDING: "Semakin Ikhlas Semakin Tenang" - Madu Marissa Dania Berlapang Dada, Ajar Hati Tak Membenci

Untuk rekod, Amirul Nazmi merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun, yang mendapat penajaan Petronas selepas memperoleh keputusan 9A dalam SPM 2021.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sanggar Seni Kemuncak DFP Seni Festival 2024!

gempak
27/08/2024
18:24 MYT
DFP Seni Festival 2024 yang telah berlangsung selama tiga bulan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) bakal diakhiri dengan sebuah keraian kepelbagaian budaya dan muzik bertemakan Sanggar Seni pada Sabtu, 7 September 2024 dan Ahad, 8 September 2024 secara PERCUMA dari jam 2 petang hingga 9.30 malam.
Hiburan

DeFam & 6ixth Sense Akan Satu Pentas Dengan Macklemore, Bakal Beraksi Di Konsert ‘After Race Fest’

gempak
21/08/2024
13:55 MYT
Penyanyi rap Macklemore antara yang bakal memeriahkan konsert After Race Fest yang bakal berlangsung di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), pada 3 November nanti.
Laman Utama

Tular Dakwaan Utamakan Pelancong Mat Saleh Potong Barisan, Pihak Pengurusan Menara Petronas Mohon Maaf

gempak
05/11/2023
00:40 MYT
Petronas mohon maaf.
Laman Utama

Lirik Penuh Bermakna! Lagu ‘Siapa Kata’ dari PETRONAS Bakar Semangat Rakyat Malaysia Dengan Kisah Inspirasi Mengejar Impian

gempak
04/10/2022
02:30 MYT
Kolaborasi Kaka Azraff dengan PETRONAS menerusi lagu ‘Siapa Kata’ pupuk semangat jangan putus asa dan yakin pada diri.
Laman Utama

Diarahkan Oleh Khabir Bhatia & Menampilkan Bintang Bola Sepak Safee Sali Serta Tauke, Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton Drama Bersiri PETRONAS ‘366’: Hari Ke-243!

gempak
15/09/2022
01:11 MYT
Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton Drama Bersiri PETRONAS ‘366’: Hari Ke-243!