,
Laman Utama

Salma Hayek Pertahan Payudaranya Asli: "Ia Membesar Secara Semulajadi"

Maliah Surip
25/06/2021
14:45 MYT
Selain terkenal dengan lakonannya, aktres Salma Hayek juga mencuri perhatian khalayak menerusi penampilan dan tubuh badannya.
Salah satu bahagian badan yang sering menjadi buah mulut adalah payudaranya. Ramai beranggapan wanita kelahiran Mexico ini melakukan pembedahan payudara, memasukkan silikon ke dalamnya.
Namun, pelakon yang terkenal menerusi filem Frida ini menafikan telah menjalani rawatan atau pembedahan pada bahagian payudaranya.
Hayek, 54, sebaliknya mengatakan payudaranya telah membesar secara semulajadi mengikut keadaan dan faktor perkembangan dirinya.
"Saya faham ramai yang mengatakan payudara saya tidak asli dan telah menjalani pembedahan. Saya tak salahkan mereka.
"Payudara saya memang pernah kecil sebelum ini. Tapi ia berubah bersama perubahan hidup termasuk ketika hamil dan penambahan berat badan.
"Separuh wanita, payudara mereka menjadi semakin kecil. Tapi ada wanita yang apabila berat badan bertambah, payudara juga ikut membesar.
"Ada juga wanita yang selepas melahirkan dan menyusu badan, payudara mereka membesar dan sewaktu mengalami menopause juga ikut membesar.
"Saya adalah salah satu wanita yang masuk dalam golongan ini. Payudara saya ikut membesar apabila berat badan naik, selepas saya melahirkan dan juga setelah saya menopause," jelas Hayek sewaktu muncul dalam program Red Table Talk yang dikendalikan Jada Pinkett Smith dan anaknya, Willow Smith bersama ibu, Adrienne Banfield-Norris.
Hayek juga mengatakan memiliki payudara yang besar sering membuat dirinya mengalami sakit belakang.
"Saya sering mengalami sakit belakang dengan saiz payudara yang membesar. Saya tahu ramai yang tidak membicarakan hal ini," tambahnya lagi.
Sementara itu Hayek juga mengatakan wanita tidak mempunyai tarikh luput walaupun sudah semakin berusia dan mengalami menopause.
"Tidak ada tarikh luput untuk seseorang wanita. Kita boleh melakukan semuanya walaupun usia semakin bertambah atau menopause. Wanita tidak berada di dunia hanya untuk melahirkan anak bagi lelaki.
"Kita tidak di sini hanya untuk memberi servis. Kita memiliki hak di sini," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.