HIBURAN
Sally Whoo Syukur Hamil Anak Kedua - “Awal Tahun Ada Bergurau Dengan Kawan Kata Nak Mengandung…”
Pempengaruh media sosial, Sally Whoo mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua.
Sembunyikan kehamilan
Sally berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di TikTok miliknya.
Menurut Sally, pada mulanya dia mahu menyembunyikan kehamilannya, namun membuat keputusan untuk berkongsi berita itu kepada umum selepas perutnya semakin jelas kelihatan.
“Ingat lagi awal tahun 2025 ada bergurau dengan kawan kawan kata tahun ni nak mengandung. Tak sangka..
“Alhamdulillah… Sebenarnya niat di hati nak simpan dulu. Kalau boleh, biarlah jadi rahsia sampai hari dia lahir.
“Tapi bila perut makin jelas, dan ramai yang mula meneka, rasa macam dah tak boleh sorok lagi. Jadi inilah sedikit khabar gembira buat keluarga kecil kami,” coretnya.
Titip doa buat yang sedang berusaha hamil
Dalam hantaran yang sama, Sally juga turut mendoakan dan menitipkan kata-kata semangat kepada wanita di luar sana yang masih berjuang untuk memiliki zuriat.
“Doakan Sally sihat dan dipermudahkan segala urusan sehingga hari melahirkan. Buat kalian yang masih menanti, yang setiap bulan menyimpan harapan, yang selalu menangis diam-diam lepas doa terakhir malam...
“Sally titipkan doa, harapan dan kasih dari jauh Semoga Allah pinjamkan bahagia ini buat kalian juga, pada waktu yang paling tepat dan paling indah. Amin Ya Allah,” tulisnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Sally:https://www.tiktok.com/@sallywhoo/photo/7524625456100871442
Must-Watch Video