,
Hiburan

Salammusik Raikan Ulang Tahun Pertama Album Riwayat

Mya Amri
24/07/2020
12:15 MYT
Kumpulan tempatan yang banyak menggodol anugerah tanah air, Salammusik meraikan ulang tahun pertama penghasilan album fizikal mereka yang berjudul Riwayat.
Sempena hari istimewa itu, para peminat boleh melayari lagu utama album tersebut, Menyemai Kemungkinan menerusi platform digital yang terpilih. Menariknya, Salammusik ini merupakan sebuah kumpulan yang sentiasa mengangkat dan menyemarakkan elemen serta irama tradisional Malaysia dalam naskah mereka.
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga sentiasa menyokong inisiatif murni Salammusik dalam memartabatkan elemen muzik tradisional di dalam penghasilan naskah mereka dan ini membawa kepada pengiktirafan dan surat penghargaan yang dizahirkan oleh Kerajaan Malaysia sendiri.
“Kami sentiasa menghargai elemen muzik tradisional yang menjadi khazanah negara dan akan sentiasa mengketengahkan elemen ini untuk dikongsi bersama generasi muda dan pada masa yang sama masih lagi disulami dengan rentak-rentak moden agar kekal relevan.
“Ia satu perasaan yang sukar untuk digambarkan apabila usaha kreatif kami mendapat perhatian oleh pemimpin negara ini.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong usaha kami sejak awal lagi.
“Selepas pelancaran album fizikal yang pertama, Riwayat, kami mulai sibuk dengan aktiviti jerayawara di seluruh negara dengan persembahan di Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh.
“Kami sangat berbesar hati dengan sambutan menggalakkan yang telah diterima menerusi peminat dan penyokong muzik kami dari Malaysia.
“Di samping itu juga, kami berasa amat teruja dengan undangan untuk melakukan persembahan di festival-festival utama di Eropah khususnya” kata penyanyi dan produser Salammusik.
Bagaimanapun, berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini, Salammusik terpaksa membatalkan jelajah Eropah yang telah dijadualkan pada tahun ini biar pun telah mengesahkan penyertaan mereka di dalam 9 festival utama di sana.
Keputusan ini terpaksa diambil memandangkan pembatalan serta penundaan acara dan festival muzik di seluruh dunia disebabkan wabak ini.
Namun begitu, kebanyakan festival ini telah pun menjadualkan semula pembabitan Salammusik ke tahun hadapan, 2021.
Terdahulu, lagu Menyemai Kemungkinan ini diilhami oleh sejarah Malaysia. Buku ini mengandungi karya seni, puisi, terjemahan, transkripsi, dan akord album.
Malah lagu Menyemai Kemungkinan ini juga telah dijadikan lagu tema bagi filem aksi seni mempertahankan diri berjudul Geran.
Peminat juga boleh melayari lagu versi asal tersebut mahu pun versi Newsantara Remix by YYY Hertz di semua platform digital seperti i-Tunes, Spotify dan etc.
Salammusik sebelum ini juga terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Aku Pelat, Bangkit dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

15 Jam, 30 Artis, Atas Angin Independent Festival Lakar Sejarah Sendiri! Bukti Band Indie Masih Relevan

gempak
08/08/2022
12:00 MYT
Siapa yang hadir memang rasa kemeriahan disitu
Laman Utama

Pesan Kemanusiaan & Kerakusan Salammusik Dalam Kuasa

gempak
27/05/2021
09:45 MYT
Hentikan keganasan