,
Laman Utama

Salahkan Muka Besar Punca Tudung Ketat, Netizen Terhibur Aksi Lara Alana - “Jujur Sangat Ni Lara”

Azwa Rahman
08/07/2021
09:11 MYT
Anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana mencuri perhatian wargamaya dengan aksi bersahajanya memakai tudung.
Menurut Lara, 7, tudung yang dipakaikan oleh ibunya sedikit ketat kerana mukanya yang terlalu besar.
Menerusi laman sosial Instagram, Lara berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.
Im sorry guys, tudung saya sedikit ketat sebab muka saya besar sangat,” ujarnya di dalam video tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya terhibur melihat aksi jujur Lara dengan menyalahkan mukanya yang besar sehingga menyebabkan tudung tersebut menjadi ketat apabil dipakai.
Salahkan PKP la Lara,” komen seorang wargamaya.
Hahaha jujur sangat Lara ni, geramnya,” kata seorang wargamaya.
Banyak kali ulang video ni. Aduhai Lara, my tudung is a bit tight because my face is very big,” ujar seorang wargamaya.
Mak dia pun gigih la adjust jugak,” usik seorang wargamaya.
Ni la problem geng pipi pau. But comel la Lara,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima sehingga 600,000 tanda suka dengan 2,000 komen daripada wargamaya.
Sekadar info, Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012.
Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Lara Alana dan Lyla Amina yang lahir pada 12 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Jangan Bersifat Personal, Sekarangkan Dah Bergaduh Sesama Bangsa, Ugut Sana Sini” - Scha Al-Yahya

gempak
16/05/2024
04:55 MYT
Pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir netizen yang melemparkan kata-kata negatif dan ugutan terhadap selebriti disebabkan gerakan Blockout 2024.
Hiburan

“Caci, Maki, Hinaan Adakah Dihalalkan?” - Scha Al-Yahya Anggap Rezeki Sudah Ditetapkan

gempak
14/05/2024
02:55 MYT
Nama pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya turut tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 yang disenaraikan oleh netizen di laman sosial sejak beberapa hari ini.
Hiburan

Gigit Jari! Cincin Kahwin Awal Ashaari Hilang Ketika Minum Kopi Di Milan - "Dalam Beg Tu Ada Banyak Barang Sentimental"

gempak
04/02/2024
09:50 MYT
Perasaan ralat masih menguasai diri pengacara Awal Ashaari apabila kehilangan bagasi yang berisi barangan peribadi berharga miliknya dan isterinya, Scha Alyahya ketika melancong ke Milan, Itali.
Hiburan

Gempa Bumi Di Jepun, Awal Ashaari Dan Keluarga Selamat - “Tak Rasa Apa Apa Pun Tapi Selepas…”

gempak
02/01/2024
05:55 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

"Tak Perlu Takut, Rezeki Allah Bagi” - Scha Alyahya Manfaatkan Media Sosial, Kongsi Tentang Palestin

gempak
01/11/2023
04:48 MYT
Respek dengan Scha, cayalah.