,
Hiburan

Salah Guna Ganja, Sofi Jikan Dipenjara 12 Bulan

Amri Hassan
31/07/2019
11:33 MYT
Pelakon Sofi Jikan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu atas pertuduhan menggunakan ganja, tahun lalu.
Memetik laporan Astro Awani, Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memerintahkan Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan menjalani hukuman berkenaan bermula hari ini.
Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan yang berusia 49 tahun itu dijatuhkan hukuman sedemikian selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersumpah di dalam kandang saksi.
“Selain itu, mahkamah juga sudah melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.
“Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan,” kata Mohamad Ikhwan.
Sofi pada telah didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 11.15 malam, 6 Februari tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 13 Mei lalu pula, Sofi telah diperintah untuk membela diri selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu.
Selain hukuman penjara 12 bulan itu, tertuduh juga diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Sofi menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Banyak Tikus, Wanita Dakwa Sean Diddy Combs Mungkin Mati Dalam Penjara

gempak
20/09/2024
16:00 MYT
Seorang wanita yang suaminya maut di dalam penjara sama Sean Diddy Combs kini ‘disumbat’ memberi amaran pesohor seni itu mungkin mati di sana.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.
Berita

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

gempak
07/09/2024
15:55 MYT
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.