,
Laman Utama

Saksikan CoComelon, Little Baby Bum, Blippi & ARPO Di Saluran Moonbugs Kids Hari Ini!

Izwan Isa
24/01/2022
14:50 MYT
Buat penonton cilik Astro, jangan lepaskan peluang untuk menonton program kegemaran anda seperti CoComelon, Little Baby Bum, Blippi, ARPO, dan banyak lagi di saluran baharu, Moonbug Kids (Saluran 618), Astro GO dan On Demand bermula 1 Februari 2022.
Dalam masa yang sama, semua pelanggan Astro juga boleh menikmati tayangan pratonton Moonbug Kids melalui TV (Saluran 620) bermula sekarang hingga 31 Januari 2022 ini.
Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, saluran ini dibawakan khas untuk seisi keluarga bagi menikmati kandungan hiburan terbaik secara bersama.
“Astro gembira menawarkan saluran baharu Moonbug Kids, untuk pelanggan kami terutamanya ibu bapa dan kanak-kanak bagi menikmati hiburan seisi keluarga yang terbaik.
“Keluarga-keluarga yang mementingkan pengalaman menonton yang berkualiti tinggi dan selamat untuk seisi keluarga kini boleh menonton siri-siri popular seperti CoComelon, Blippi, Little Baby Bum dan banyak lagi, yang akan menyertai hiburan kanak-kanak kami di skrin besar dan di alat peranti melalui Astro GO,” katanya.
Selari dengan kandungan yang disegarkan ini, Moonbug Kids (Saluran 618) akan menggantikan BabyTV dari 1 Februari 2022 dan akan tersedia di dalam ‘Kids Pack’ baharu Astro bersama TA-DAA! (Saluran 612), Cartoon Network (Saluran 615), Nickelodeon (Saluran 616), Nick Jr. (Saluran 617) dan Boomerang (Saluran 619).
***GEMPAK MOST WANTED datang lagi. Jangan lupa undi artis kesayangan anda dengan klik pada banner atau link ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.