Berita

Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew

gempak
Gempak
30/08/2024
15:01 MYT
Sponsor Banner
Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew
Saksi pendakwaan yang kesembilan memberitahu mahkamah bahawa tindakannya menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew adalah disebabkan risau kerana gambar payudaranya ada pada pendakwah tersebut.

Ada sebab saksi sekat nombor

Saksi yang juga pengadu dalam kes ini berkata demikian ketika ditanya oleh peguam Datuk Ram Singh ketika pemeriksaan balas dilakukan terhadapnya.
Ram dalam pemeriksaan balasnya meminta pengadu menjelaskan kenapa pada jam 5.30 petang 11 Julai 2021 sehingga jam 7.30 malam dia bertindak menyekat nombor telefon Ebit Lew namun selepas kira-kira dua jam kemudian menyahsekat nombor telefon tersebut.

"Sebab gambar-gambar saya ada tempat dia. Saya berfikir, sebab itu saya sekat dan nyahsekat sebab Ebit Lew pernah bagi gambar semasa dia melakukan panggilan video yang di tangkap layar," katanya dalam keterangannya di Mahkamah Tenom pada Jumaat.

Pengadu juga bersetuju dengan Ram bahawa sepanjang Mei tiada rekod dia menghantar gambar dan teks mengenai gambar tersebut.
Pengadu dalam pada itu juga setuju dengan Ram bahawa dia ada melakukan panggilan video dan mendedahkan payudara walaupun dalam keterangannya sebelum ini konsisten tidak mahu mengadakan panggilan video.

Tidak mahu terpedaya

Sebelum itu, mahkamah telah merekodkan keterangan pengadu bahawa dia telah melakukan sekatan dan nyahsekat terhadap nombor telefon tersebut.
Pengadu memberitahu mahkamah tujuan dia menyekat nombor telefon itu kerana tidak mahu terpedaya dengan permintaan Ebit Lew pada 10 Julai 2021.
Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin.
Ebit Lew diwakili oleh Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.
Sementara itu, pengadu turut diminta untuk membuat pengecaman dua pegawai polis yang merakam percakapan dan menyiasat kes gangguan seksual melibatkan pendakwah tersebut yang dilaporkan di Bukit Aman pada tahun 2021.
Pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan membuat pengecaman itu di Mahkamah Majistret Tenom, di sini selepas kedua-dua pegawai tersebut diminta memasuki mahkamah untuk tujuan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol Mondy Tattoo Babit Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:"Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Ini Penipuan, Buat Apa Saya Nak Seksa Diri Untuk Bela Orang Dari Kasta Rendah” - Caprice

ARTIKEL BERKAITAN:Ebit Lew Buat Laporan Polis Atas Fitnah Melampau

Permohonan untuk pengecaman pegawai tersebut dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria supaya dua saksi pendakwaan iaitu Superintenden Nur Asyikin Shamsuri dan Superintenden Hirdawati Isa dibuat pengecaman terlebih dahulu oleh pengadu sebelum mereka kembali ke Semenanjung.
"Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini pengecaman pegawai polis yang terlibat dalam kes ini akan dibuat sebelum pemeriksaan semula.
"Bagaimanapun, memandangkan pemeriksaan balas masih belum selesai pada minggu ini, mohon untuk pengecaman sekarang sebelum saksi tersebut balik untuk meneruskan tugas ke Semenanjung," katanya.
Zahida seterusnya dalam pemeriksaan utamanya meminta pengadu membuat pengecaman tersebut.
"Superintenden Nur Asyikin adalah pegawai penyiasat untuk kes saya dan Superintenden Hirdawati adalah polis yang merakam laporan gangguan seksual yang saya buat," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024