,
Hiburan

Sajak Tun M Dalam Muzik Video Hazama

Fiza Kamarudin
17/09/2019
12:39 MYT
"Bersatu padu tanpa kira warna kulit dan kepercayaan."
Demikian petikan bait sajak yang dideklamasi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui video muzik 'Anak Bangsa Malaysia' nyanyian Hazama.
Dr Mahathir muncul di penghujung video muzik yang berdurasi 4 minit 10 saat itu, dengan mendeklamasikan sajak tiga rangkap yang membawa mesej buat seluruh rakyat Malaysia.
Video muzik tersebut menunjukkan Hazama sebagai seorang chef, bersama dua individu lain, sedang menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada pelanggan yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Kepelbagaian menu yang disajikan juga, mewakili pelbagai kaum dan bangsa, dipercayai sebagai simbolik kepada penyatuan atau perpaduan kaum yang boleh dizahirkan menerusi pelbagai cara termasuk ketika menikmati makanan.
Video tersebut juga menunjukkan bagaimana masyarakat dahulu berkumpul dan menikmati juadah bersama di sebuah gerai.
Setakat ini, selepas 48 jam dimuat naik di laman Facebook rasmi Dr Mahathir, muzik video tersebut telah mendapat 215 ribu tontonan serta 943 perkongsian.
Klik sini untuk menonton video klip.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Konsert ByAjai & Mega Friends Sukses, Ada Sebab Penyanyi Jemputan Menyanyi Dua Lagu - “Walaupun Saya Ini Abang Mereka, Yang Menaikkan Mereka Tapi…”

gempak
05/08/2024
08:55 MYT
Bagai kembali ke terowong masa, gemaan sorakan peminat memenuhi dewan Mega Star Arena KL, Kuala Lumpur sepanjang hampir tiga jam konsert ByAjai & Mega Friends berlangsung pada malam Sabtu.
Hiburan

Netizen Kagum Tun Mahathir Hanya Follow Khairul Aming Di TikTok - "Beliau Memang Suka Anak Melayu Yang ..."

gempak
30/06/2024
07:50 MYT
Sepotong video memaparkan profil TikTok bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya mengikuti seorang pengguna iaitu ushawan muda, Khairul Aming berjaya mendapat perhatian netizen.
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Jom Masak Nasi Ayam Ikut Resipi Ini! Ayam Tak Boleh Kelar, Sherry Alhadad Salahkan Pisau Pula

gempak
12/03/2024
06:55 MYT
Ini resipi untuk nasi ayam!
Laman Utama

Naim Daniel Sebak Nyanyikan Lagu Negaraku Di MotoGP, Siap Berbaju Melayu!

gempak
13/11/2023
00:55 MYT
Meremang bulu roma.
Laman Utama

"Saya Minat Kak Ani Dari Kecil" - Hazama Terharu Dilamar Duet Lagu Baharu Noraniza Idris Penawar Kita

gempak
03/11/2023
11:30 MYT
Paduan tradisional dan moden!