,
Gaya Hidup

Saintis Sahkan Kematian Orang Tersayang Percepatkan Penuaan

Gempak
02/08/2024
18:55 MYT
Saintis dari Columbia University Mailman School of Public Health dan Butler Columbia Aging Center menerbitkan kajian yang menemukan hubung kait penuaan manusia dengan kematian orang yang tersayang.
Kematian pasangan, ibu bapa atau anak didapati akan mempercepatkan proses penuaan biologi pada tubuh manusia.

Percepatkan penuaan

Penuaan di peringkat biologi disukat dengan melihat penanda pada DNA. Semakin tua seseorang, semakin tinggi tahap metilasi DNA dapat dikesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersara Dengan Tenang, Pakar Kongsi Cara Untuk Ada Simpanan Lebih RM1 Juta Pada Waktu Tua!

ARTIKEL BERKAITAN: Arca Buddha Yang Dijumpai Penyelidik USM Di Kedah Lebih Tua Daripada Angkor Wat

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Kenalkan, Rupert Murdoch Kahwin Kali Ke-5 Pada Usia Senja

ARTIKEL BERKAITAN: Kutuk Laksa Sarawak Berbau, Wanita Teruk Dihencap Netizen - “Dah Tua-Tua Buruk Perangai”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Buat Pembedahan Plastik Ke?”- Perkongsian Foto Fathia Latiff Tuai Perhatian Netizen

Kajian dilakukan ke atas dua kumpulan umur. Mereka yang sudahpun dewasa dan mereka yang masih remaja. Tahap penuaan dikesan lebih pantas pada mereka yang kehilangan dua atau lebih orang tersayang ketika dewasa.
Penuaan pada tahap biologi dapat dilihat di peringkat sel, tisu dan juga bagaimana organ berfungsi. Isu kesihatan mental, meningkatnya risiko penyakit jantung dan kematian lebih awal dikesan pada golongan yang kehilangan orang tersayang.
Penyelidik kini menyarankan kajian yang lebih mendalam serta saranan sokongan ke atas mereka yang kehilangan orang tersayang bagi mengurangkan impak ke atas kesihatan dalam jangka masa terdekat.

Kajian telah diterbitkan dalam jurnal Jama Network.

Sumber: Amanz menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video