gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Netizen Terhibur Tengok Akhyar Rashid Jadi MUA Eyka Farhana Dalam Flight - “Kenapa Aku Yang Senyum Sorang Ni?
HIBURAN
Harga Tiket Konsert Elite Dikatakan Terlalu Mahal, Abby Tak Marah - “Yang Tak Berminat Tak Apa… Duduk Tepi”
HIBURAN
ALPHA Tidak Kisah Video & Gambar Lama Dikongsikan, Mahu Jadi Artis Tauladan - “Kami Rasa Sangat Gembira”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Saharul Ridzwan Nasihat Ibu Bapa Pantau Anak-Anak Walaupun Tonton Kartun - “Time Itu Juga Aku Uninstall YouTube…”

Mya Amri
Mya Amri
25/06/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Saharul Ridzwan Nasihat Ibu Bapa Pantau Anak-Anak Walaupun Tonton Kartun - “Time Itu Juga Aku Uninstall YouTube…”
Pelakon, Saharul Ridzwan menasihatkan supaya ibu bapa sentiasa peka dengan segala perkara yang diajar kepada anak-anak.

Pantau anak-anak tengok kartun

Saharul menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya berpendapat apa sahaja bentuk pengajaran yang diberikan kepada anak-anak akan mempengaruhi akhlak mereka kelak.

“Akhlak anak bukan hanya terbentuk dari apa yang kita ajar, tapi dari apa yang mereka lihat setiap hari.

“Apa yang masuk ke mata, akan turun ke hati dan apa yang menetap di hati, akan lahir jadi perangai,” ulasnya.
Jelas Saharul lagi, terdapat satu situasi yang telah membuka matanya untuk lebih berhati-hati dan menapis kandungan siaran sebelum dipertontonkan kepada anak-anak.
“Ada Forum Perdana. Aku duduk. Anak-anak pun ikut diam. Tenang. Aman. Tiba-tiba datang seorang hamba Allah. Dia duduk dekat sebelah aku. Dia buka cerita tentang satu aplikasi Durioo+.
"Bang, semua konten Islamik. Team kami dah tapis. Untuk bantu mak ayah... jaga mata dan hati anak-anak.
“Aku tak banyak tanya. Cuma aku diam. Dan aku pandang anak-anak aku. Berapa banyak dah mereka lihat yang aku sendiri tak sanggup tengok?

“Kartun yang aku anggap comel tapi ajar normalisasi benda mungkar. Watak-watak yang lawak tapi tanamkan nilai songsang secara halus. “Time tu juga aku uninstall YouTube. Ya Allah... bersihkan mata mereka. Salah aku Ya Allah, aku lalai, jangan Kau hukum mereka kerana kejahilan aku.

“Mak ayah. Kalau mata anak kita dibesarkan dengan yang mungkar, jangan pelik kalau hati mereka keras, dan lidah mereka tak kenal zikrullah.
“Jangan tunggu anak dah besar baru kita nak betulkan. Jangan tunggu anak dah besar baru kita nak betulkan.
“Akal mungkin boleh dipesan tapi hati yang dah biasa tengok maksiat, susah nak pulih. Ni bukan review berbayar, dia tak mintak pun aku review.
“Kalau Durioo+ nak aku jadi duta, aku sedia asalkan perjuangan ini bukan hiburan semata, tapi dakwah yang lahir dari rasa cinta,” jelasnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Saharul:
View this post on Instagram
A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)
Topic Berkaitan
#Saharul Ridzwan
#kartun
#YouTube
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement