,
Laman Utama

Saham Syarikat Coca Cola Rugi $4 Bilion Gara-Gara Ronaldo Alihkan Botol Ke Tepi!

Fiza Kamarudin
16/06/2021
06:15 MYT
Media Sepanyol, Marca melaporkan Coca-Cola mengalami kerugian saham berbilion dolar selepas tular tindakan Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol minuman soda itu ketika sidang media Euro 2020 semalam.
Saham syarikat minuman terbabit yang bernilai $242 bilion didakwa mengalami penurunan sebanyak 1.6% kepada $238 bilion.
Bagaimanapun, sebahagian besar warganet tidak menyalahkan Ronaldo dan menegaskan bintang bola sepak berkenaan tiada kaitan dengan penurunan saham Coca-Cola.
Menurut mereka, saham Coca-Cola sudah mengalami penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Sementara itu reaksi balas Coca-Cola selepas Ronaldo mengetepikan dua botol minuman mereka pada sidang media Euro 2020, menegaskan 'setiap orang berhak untuk memilih’.
Syarikat minuman itu yang menjadi penaja rasmi Euro 2020 memaklumkan secara terang-terangan bahawa setiap orang mempunyai 'selera dan keperluan' masing-masing.
"Pemain ditawarkan air disamping Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media," kata jurucakap.
Bintang Portugal itu antara pemain bola sepak terbaik dunia cukup terkenal dengan diet dan gaya kehidupan sihatnya.
Menerusi video yang tular di media sosial semalam, Ronaldo yang menghadiri sidang media pra-perlawanan diantara Hungary menentang Portugal dalan saingan Euro 2020, dilihat mengalihkan dua botol air Coca-Cola dihadapannya dan menggantikan dengan sebotol air mineral.
Dia juga ‘melaungkan’ kepada orang ramai agar meminum ‘air kosong’ sahaja.
Tumpuan kepada tahap kecergasan dan kehidupannya itu membolehkannya terus bermain di peringkat elit biarpun sudah berusia 30-an ketika ramai pemain mengundurkan diri.
Dia sebelum itu mendedahkan enam makanan yang diambil untuk diet harian adalah buah yang banyak, sayuran dan protein seperti ikan atau ayam yang dimasak tanpa minyak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Ini Sebab Mengapa Ronaldo Enggan Cacah Tatu

gempak
25/08/2024
23:55 MYT
Tidak seperti pemain bola sepak lain, Cristiano Ronaldo enggan membuat tatu dan dia mempunyai sebab memegang prinsip berkenaan.
Sukan

UEFA Bakal Hukum Budak Lelaki Swafoto Dengan Ronaldo

gempak
24/06/2024
12:55 MYT
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dikatakan bakal mengenakan hukuman ke atas budak lelaki yang menceroboh padang dan berswafoto dengan Cristiano Ronaldo semasa perlawanan antara Portugal dan Turkiye sedang berlangsung.
Sukan

Cristiano Ronaldo, 39 Tahun, 14 Kasut Emas!

gempak
30/05/2024
15:55 MYT
Pemain terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo, sudah memenangi 14 gelaran penjaring terbanyak dalam enam kejohanan berbeza sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
Laman Utama

Ronaldo Beri Mangsa Gempa Bumi Maghribi Menginap Di Hotel Miliknya

gempak
10/09/2023
04:50 MYT
Tragedi gempa bumi yang melanda Maghribi pada Sabtu turut menarik perhatian pemain bola sepak terhangat dunia, Cristiano Ronaldo.
Laman Utama

Followers Cristiano Ronaldo Baru Sahaja Cecah 600 Juta… Siapa Lagi Individu Dengan Pengikut Terbanyak?

gempak
14/08/2023
14:50 MYT
Siapa lagi dalam senarai top 10?